Asuh

‘Mak Ayah Ajak Anak Makan Sihat’- Dr. Izzar Kongsi Jenis Makanan Bagus Untuk Tumbesaran Anak

28
SHARES

Siapa sahaja yang tidak mengenali suami kepada pelakon terkenal Ummi Nazeera, iaitu Dr. Izzar kan? Dr. Izzar Anwar seringkali mendapat perhatian khususnya buat ibu-ibu kerana kerap berkongsikan pengalaman mendidik anak serta cara untuk menjaga pemakanan anak-anak yang kian membesar.

Terbaharu, beliau turut berkongsikan jenis makanan yang ibu bapa patut berikan kepada anak-anak supaya dapat membantu tumbesaran mereka berkembang dengan baik. Jangan asyik nak bagi makan makanan segera sahaja, khuatir obese pula anak nanti!

DR.IZZAR KONGSI JENIS MAKANAN UNTUK TUMBESARAN ANAK-ANAK

Pemakanan sihat untuk kanak-kanak amatlah penting tumbesaran & perkembangan yang normal dan juga untuk mencegah pelbagai penyakit. Jom tengok jenis-jenis makanan yang mempunyai nutrien penting untuk tumbesaran dan perkembangan kanak-kanak.

1. Nasi, mi, roti, bijiran

Membekalkan karbohidrat kompleks dan serat serta merupakan sumber tenaga utama.

2. Buah-buah dan sayuran

Membekalkan vitamin, serat, dan mineral yang penting untuk meningkatkan ketahanan badan terhadap penyakit

3. Ikan, ayam, daging, telur dan kekacang

Membekalkan protein, vitamin B, zat besi, zink, kalsium, dan magnesium. Protein amat penting untuk membina dan membaiki tisu2 otot, organ, darah, rambut, dan kuku. Sistem imun badan akan terganggu kalau protein tak cukup

4. Susu dan Produk tenusu

Sumber yang penting kerana kaya dengan kalsium, protein dan riboflavin. Kalsium membantu dalam menguatkan tulang dan gigi. Kalsium amat penting semasa fasa kanak2 membesar semasa tulang mereka tengah membina. Contoh produk tenusu adalah seperti yogurt dan keju

5. Lemak

Lemak memainkan peranan penting dalam diet kanak-kanak kerana ia membekalkan asid lemak perlu serta membantu penyerapan vitamin larut-lemak. Ikan, dan minyak sayuran mengandungi lemak baik (unsaturated fat). Daging, ayam, mentega, minyak kelapa, ais krim mengandungi lemak tak baik (saturated fat).

Amat penting untuk ibu bapa memberi anak-anak makanan yang mengandungi semua kumpulan makanan yang diterangkan tadi. Pastikan diet anak-anak adalah SEIMBANG, SEDERHANA, dan PELBAGAI.

Elakkan dari memberi anak-anak junk food seperti nugget, sosej, fries, serta fast food yang mengandungi kandungan garam dan gula yang tinggi serta perasa tambahan. Tak patut dipanggil makanan pun sebab tidak mengandungi nutrien penting untuk tumbesaran. Dapat penyakit adalah. Gula-gula, dan air manis pun elakkanlah. Kang obese anak. Kasi minum air kosong dan susu je.

Galakkan anak-anak untuk bersenam atau melakukan aktiviti fizikal keluarkan peluh. Ibu bapa pun joinla sama.  Kesimpulannya, ibu bapa mestilah meluangkan masa dengan anak-anak untuk menyediakan hidangan makanan sihat serta melakukan aktiviti gaya hidup sihat. Jadi contoh kepada anak-anak. Baru anak-anak ikut kan? #drizzarshares

Sumber: Dr.Izzar Anwari @izzar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×