Didik

‘Return Rate’ Setanding Emas, Ini 5 Sebab Tak Rugi Beli Lego Untuk Anak

1K
SHARES
mainan untuk anak

Lego adalah jenama permainan blok binaan yang terkenal di seluruh dunia. Hampir semua anak kecil kenal Lego. Kebanyakan kita pun akan refer pada semua blok binaan sebagai Lego. Samalah macam kita panggil Maggi untuk semua mee jenis mee segera walaupun jenama lain.

Tahukah anda, sebuah kajian yang dibuat oleh Russia’s Higher School of Economics, mendapati bahawa Lego memiliki nilai yang sangat tinggi apabila dijual sebagai barang terpakai atau secondhand. Bahkan, sesetengah jenis Lego mempunyai peratusan nilai pulangan yang lebih tinggi berbanding emas, bond dan stok!

Wah, mengejutkan bukan? Tapi ini bukan ‘auta’ ya, siapa yang biasa tengok cerita Toy Hunter mesti faham apa yang kami maksudkan.

Jadi, jom kita singkap apa yang membuatkan nilai Lego ini begitu tinggi.

5 Faktor Yang Menjadikan Lego Sangat Berharga, Tak Rugi Beli!

Pernah dinobat sebagai mainan paling popular di dunia, Lego sebenarnya bermula sekitar tahun 1930-an oleh sebuah syarikat kecil dari Denmark. Berasal dari sebuah perusahaan tukang kayu, mereka mula membina tangga, papan seterika hinggalah mainan kayu.

Pada tahun 1934, mereka mula memakai nama Lego untuk perusahaannya. Perkataan ‘Lego’ diambil dari bahasa Denmark, leg godt yang bererti bermain dengan baik.

Sebagai sebuah perusahaan, sudah tentu Lego mempunyai jatuh bangunnya. Namun mereka mampu bertahan dan bersaing dengan pesaing-pesaing baru seperti Hasbro dan Mattel.

Ini membuktikan peminat Lego tetap setia dan tak ditelan zaman!

Jadi, ini 5 sebab mak ayah tak rugi belikan Lego untuk anak-anak.

1. Return Rate Yang Tinggi

Melalui kajian yang diterbitkan bertajuk “The Toy of Smart Investors” para pengkaji telah meneliti 2000 set Lego yang telah dikeluarkan sekitar tahun 1980 hingga 2014.

Beliau kemudiannya membandingkan nilainya pada tahun 2015 dan mendapati kebanyakan set Lego ini memiliki return rate pada kadar 11%. Malahan, ada versi rare seperti Millennium Falcon yang dikeluarkan sempena ulangtahun Star Wars ke 30. Set ini dikatakan boleh melonjak harganya hingga 613%!

2. Nilai Sentimental

Walaupun Lego merupakan jenama permainan kanak-kanak, tetapi ramai yang mengenali Lego dan menyimpannya sebagai nostalgia.

Disebabkan nilai sentimental ini, ia boleh menjadi pelaburan alternatif bagi sesiapa saja yang sukakannya. Berbanding dengan sesetengah barangan, ia tidak terlabel sebagai item mewah, namun memiliki pulangan yang tinggi serta kurang berisiko.

3. Pasaran Yang Luas

Lego memiliki pasaran yang luas sebab ia dikenali di seluruh dunia. Jadi, walaupun kita berada di Malaysia, tak mustahil kita boleh menjualkannya di luar negara.

Uniknya, selain laman web pasar online seperti eBay, penggemar Lego juga membangunkan laman web penjualan Lego secondhand ini seperti BrickLinkBrickPicker, dan BrickScout.

Terdapat banyak Lego yang dijual secondhand, malah ada yang mencecah nilai ribuan dolar!

4. Produksi Setiap 2 Tahun

Menurut penelitian pakar, set-set Lego yang dijual biasanya akan diproduksikan selama 2 tahun sahaja.

Maksudnya, satu-satu set yang dijual hanya berada di pasaran lebih kurang dalam tempoh tersebut. Selepas itu, mereka akan buat set dengan tema yang lain dan memang tak akan repeat semula.

Ini menjadikan ianya unik dan bernilai tinggi, terutamanya apabila dijual selepas ia ‘pupus’ di pasaran. Antara set Lego yang paling popular dan bernilai tinggi adalah yang menggunakan tema movie seperti Harry Potter, Star Wars dan Marvel.

mainan untuk anak

Foto Kredit: legoland.com.my

5. Kreativiti Tanpa Batas

Selain faktor di atas, kita sebagai ibu ayah pun tentu teruja bermain Lego sebab ianya sesuatu yang amat universal. Tak kiralah berapa umur kita, sesiapa saja mampu membina apa saja dan mengekspresikan idea menjadi sesuatu yang realistik menggunakan blok binaan tersebut.

Ibu ayah yang kreatif juga boleh menggunakan Lego sebagai alat bantu mengajar.

Selain itu, tak dinafikan yang kualiti Lego amat terjaga. Ia boleh tahan lama dan jarang rosak. Jadi, kalau kita beli untuk si abang, adik-adiknya pun boleh main sama bila mereka dah besar nanti.

cara ajar anak menulis

Foto Kredit: wildflowerramblings.com

Bukan Sekadar Mainan Untuk Anak

Sesuailah dengan misi mereka “offer unlimited building possibilities,” tentunya permainan ini sangat bermanfaat dan mampu menginspirasikan minda anak-anak. Pada masa yang sama, ia juga membina kemahiran motor kasar dan halus.

Rasanya memang tak rugi beli Lego sebab ia boleh dijual semula dengan nilai yang agak tinggi pada bila-bila masa.

So, mana peminat Lego kat sini?

 

*Sumber: Vox.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×