Suami Isteri

Berkuasa Sita Harta Bekas Suami Culas, 5 ‘Fast Fact’ Tentang Mahkamah Khas Perkahwinan Yang Akan Beroperasi Mei Ini

5.9K
SHARES

Penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah dijangka akan beroperasi pada bulan Mei ini.

Rata-rata ramai netizen menyokong penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan ini kerana ia dikatakan membela hak bekas isteri dan anak-anak yang terabai.

Jom ketahui lebih lanjut tentang Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ini.

Mahkamah khas perkahwinan

5 Fast Fact Tentang Mahkamah Khas Perkahwinan, Hadhanah Dan Nafkah

1. Inovasi Tangani Kelewatan Mahkamah Syariah

Antara tujuan utama penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan ini adalah bagi menyelesaikan masalah kelewatan penyelesaian kes di Mahkamah Syariah sehingga adakalanya menimbulkan keluhan di kalangan masyarakat awam, selain daripada dapat memastikan setiap perintah yang dikeluarkan dapat dilaksana dan dikuatkuasakan.

Dr Mujahid berkata, Mahkamah Perkahwinan, Hadhanah dan Nafkah ini bermaksud untuk menyelesaikan secara sekali gus kerana kebiasaan amalan pada hari ini, proses untuk perceraian, proses menuntut nafkah dan hak penjagaan mengambil tempoh yang agak panjang.

3. Diwujudkan Di 2 Peringkat

Mahkamah khas ini bakal diwujudkan di dua peringkat mahkamah iaitu Mahkamah Tinggi Syariah bagi tuntutan nafkah dan hadhanah (RM50,000 dan ke atas) yang dikenali sebagai Mahkamah Tinggi Khas Hadhanah dan Nafkah.

Manakala di peringkat mahkamah rendah pula, diwujudkan Mahkamah Rendah Khas Perkahwinan dan Mahkamah Rendah Khas Nafkah.

3. Diberi Kuasa Menyita Harta Bekas Suami Yang Culas Terhadap Nafkah

Antara isu yang paling banyak dikongsi berkaitan penubuhan Mahkamah Khas Perkahwinan ini di media sosial adalah berkaitan kuasa menyita harta bekas suami yang culas memberi nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak.

Ini adalah bagi memastikan hak wanita dan anak-anak sentiasa terjaga.

Ingin Minta Cerai Dari Suami? Isteri Baca Dulu Nasihat Pakar Ini!

Foto Kredit: huffingtonpost.com

4. Idea Penubuhan

Cadangan penubuhan mahkamah khas ini dicetuskan sendiri oleh Ketua Hakim Syarie MSWP, YAA Tuan Haji Ibrahim bin Deris ketika membentangkannya kepada Dato’ Seri Jamil Khir selaku Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan yang bertanggungjawab kepada mengenai hal ehwal Islam bagi Wilayah-wilayah Persekutuan.

5. Bakal Beroperasi Mei 2019

Menurut Dr Mujahid, setakat ini proses pengoperasian mahkamah berada pada peringkat akhir bagi mendapatkan pandangan daripada pelbagai pihak berhubung pentadbirannya, sebelum ia dibentangkan di mesyuarat Kabinet.

Ia dijangka akan mengambil sedikit masa lagi dan dijangka beroperasi bulan Mei 2019 ini.

cara ajar anak kenal nabi

Foto Kredit: vox.com

 

Inisiatif Yang Baik

Tentunya ini merupakan inisiatif yang baik, bukan?

Diharapkan sedikit sebanyak kes ini dapat membantu mengendalikan kes-kes pengabaian dengan lebih efisyen dan cepat, apatah lagi yang melibatkan kezaliman terhadap wanita dan anak-anak.

Most Popular

To Top