Merdeka! Merdeka! Merdeka! Lost World Of Tambun bakal menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-59 dengan sambutan ‘Warna-Warni Merdeka’. Kibarlah ‘Jalur Gemilang’ dengan bangga dan nikmati aktiviti riang-ria bersama keluarga.
Dari 27hb Ogos sehingga 31hb Ogos, kecuali pada 30hb Ogos, ambil bahagian di dalam aktiviti patriotik dan berwarna-warni seperti permainan tradisi Malaysia, lukisan Muka dan Batik, serta teka-teki.
Nikmati 10% diskaun untuk pas masuk yang dibeli di atas talian dan terima baucar Photobook baucar PERCUMA bernilai RM79.
Imbau kembali kenangan masa silam dengan bermain permainan tradisional Malaysia seperti Congkak, Batu Seremban, Baling Tin, and Lompat Galah.
Saksikan pasukan berkawat (marching band) mengikut rentak lagu-lagu ketenteraan, disusuli dengan persembahan 15-minit kostum tradisional dan tarian ‘Warna-Warni Malaysia’ bersempena sambutan kebudayaan berbilang kaum Malaysia.
“Lost World Of Tambun ‘Warna-Warni Merdeka’ adalah sambutan sejarah Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian. Harapan kami ingin berkongsi keunikan Malaysia dengan para tetamu, dan memastikan pengekalan warisan kami, dengan keluarga dan rakan-rakan di Lost World of Tambun” kata Calvin Ho, Pengurus Besar Sunway Theme Parks.
Untuk maklumat lanjut bagaimana anda boleh menikmati Merdeka yang penuh warna-warni, sila layari laman web Lost World Of Tambun di http://sunwaylostworldoftambun.com/product/colourful-malaysia/ atau laman Facebook di www.facebook.com/lostworldoftambun atau hubungi taman di talian +605 542 8888.
Tarikh
Jadual Aktiviti 27hb Ogos sehingga 31hb Ogos, kecuali pada 30hb Ogos *jadual ini mungkin berubah
NAMA AKTIVITI | LOKASI | MASA |
Lukisan Muka dan Batik | Pentas Hot Springs and Spa | 2:00pm – 3:00pm |
Kira Garisan | Pentas Hot Springs and Spa | 10:00am – 5:30pm
(hanya pada 31hb Ogos 2016) |
Permainan Tradisional | Jalan Ipoh | 5:00pm – 5:30pm |
Rentak Tentera | Pentas Hot Springs and Spa | 5:30pm |
Warna-Warni Malaysia | Pentas Hot Springs and Spa | 7:00pm |