Famili

Letak Handphone Di Kocek Seluar Risiko Lelaki Mandul? Ini Penjelasan Doktor…

28
SHARES
tak boleh letak handphone dekat kocek seluar

Pada zaman serba moden ini, ramai daripada kita yang memiliki handphone. Jarang sekalilah kita lihat yang setiap individu tidak mempunyai handphone. Tidak kira muda sehinggalah orang tua, pastinya mereka akan memiliki handphone.

Namun, tahukah anda akan keburukkan handphone yang boleh menjejaskan tahap kesihatan kita? Simpan handphone di kocek seluar mungkin nampakn praktikal, akan tetapi boleh mendatangkan keburukkan kepada kita juga. Oleh yang demikian, seorang doktor telah berkongsi di halaman TikToknya @drraihanaismail berkenaan keburukkan menyimpan handphone di kocek seluar terutamanya pada lelaki.

Baca juga: Ada 4 Kebaikan Pakai Seluar Legging Untuk Ibu Hamil

TAK BOLEH LETAK HANDPHONE DEKAT KOCEK SELUAR

risiko mandul lelaki

Menyimpan telefon dalam poket seluar dikatakan akan menyebabkan ia ‘duduk’ berdekatan dengan testis atau buah zakar dan dapat memberi impak buruk kepada sistem pembiakan.

Bagi memastikan sperma berada dalam keadaan prima, buah zakar memerlukan suhu lebih rendah berbanding bahagian tubuh yang lain. Itu juga alasan di sebalik kedudukan testis berada di skrotum.

Organ yang satu ini bertindak seperti sistem pendingin udara evaporatif. Saat suhu udara di sekitar testis terlalu panas, seorang lelaki berisiko mengalami masalah dalam menghasilkan sperma.

Jaga-jaga! Letak Telefon Dalam Poket Seluar Boleh Jejas Kualiti Sperma - Isu Semasa - Semasa - Forum - CARI Infonet

“Salah satu cara menghindarinya adalah dengan menjauhkan telefon daripada organ vital ini. Ini kerana telefon yang disimpan dalam poket seluar mampu mengeluarkan haba panas,” jelas Dr. Raihana.

Tidak hanya telefon, kita juga tidak disarankan untuk meletakkan laptop di atas riba. Selain suhu panas, radiasi yang dihasilkan telefon juga perlu diambil kira kerana ia mampu memberi kesan kepada kualiti sperma.

Menurut Dr. Raihana juga, kajian yang dilakukan mendapati bahagian tubuh yang paling sensitif terhadap kesan telefon atau komputer riba adalah buah zakar. Ketika bahagian itu terpapar kepada telefon, alat sulit lelaki akan mengalami tekanan oksidatif atau keadaan di mana radikal bebas di dalam tubuh melebihi kapasiti.

Akibatnya, sel dalam tubuh yang normal akan rosak sekaligus menggangu kesuburan dan menurunkan kualiti sperma seorang lelaki.

Video penuh:

@drraihanaismail

Tag yg tersayang. Selamatkan gen kita. #fyp #fypシ #foryoupage #efferty #ikhtiarhamil #tiktokguru #jombelajar

♬ original sound – Dr Raihana Ismail – Dr Raihana Ismail

Sumber: TikTok @drraihanaismail

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×