Famili

Letak Buah Kundur Dalam Rumah, Ikhtiar Elak Gangguan Makhluk Halus & Sihir

62
SHARES

Gangguan makhluk halus agak sukar untuk kita buktikan kerana tidak nampak tetapi hanya mendengar bunyi-bunyi aneh seperti tarik kerusi, bunyi guli dan sebagainya. Berusaha dan berikhtiar untuk melindungi diri ialah anggungjawab kita. Antara amalan boleh dilakukan untuk ‘memagar rumah’ ialah dengan memperbanyakan bacaan al-Quran.

Selain itu, bagi mengelakkan gangguan makhlus halus, anda juga boleh menggunakan buah kundur. Buah kundur boleh diletakkan di ruang tamu, bilik dan sebagainya. Caranya mudah sahaja. Ikuti perkongsian di bawah.

Baca juga: Jumpa Telur Tak Pecah Di Halaman Rumah, Wanita Ini Kongsi Cara Buang Sihir Dengan Betul

LETAK BUAH KUNDUR DALAM RUMAH, IKHTIAR ELAK GANGGUAN

Jika rumah anda ada bunyi guli jatuh banyak kali, bunyi orang tarik kerusi, nasi cepat basi maka letakkanlah buah kundur. Tidak kisah di ruang tamu, bilik atau dapur.

Seandainya buah tu busuk buang jauh-jauh dan ganti dengan yang baru sampai tak busuk. Salah satu keistimewaan buah kundur ini ciptaan Allah ia mampu mengesan kehadiran makhluk halus di pekarangan sekitar rumah kita ataupun serangan sihir keatas individu.

Jadi dengan meletakkan buah tersebut kita dapat mengatasi langkah berjaga-jaga di rumah. Buah kundur ini bukan untuk menghalau jin mahupun makhluk halus tetap sentiasa ada di sekeliling kita tetapi hanya untuk mengesan sahaja. Tidak kisah apa agama juga boleh mencuba dan jika ianya berlaku buah itu busuk, maka segerelah berdoa atau apa cara sekalipon mengikut cara bagi setiap agama masing-masing.

RUMAH TAK ADA GANGGUAN JIKA BUAH TIDAK BERTUKAR BUSUK

Bila mana rumah kita bersih daripada gangguan buah ini mampu bertahan berbulan bulan lamanya dan tidak pulak rosak dan luarannya akan bertukar menjadi selaput keputihan macam debu itu petanda rumah itu tidak ada makhluk yang menduduki di situ dan rumah clean.

gambar sekadar hiasan

Selagi buah ini tidak busuk dan tidak rosak, boleh sahaja digunakan untuk makan dan minum kerana buah ini banyak khasiatnya dan sangat baik untuk kesihatan dalaman wanita. Kalau ada sembarang gangguan buah tersebut akan berubah seperti di dalam gambar dalam masa yang singkat sehari mahupun seminggu, itu petanda ada sesuatu yang tak kena.

BERSIHKAN RUMAH DENGAN AYAT SUCI AL-QURAN

Jadi apa tindakkan kita seterusnya sebagai umat Islam? Bila terjadi seperti ini kita kena lah bersihkan rumah kita dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan zikir. Banyakkan membaca Al Quran dan sentiasa pasang ayat-ayat surah Al Quran di rumah. Jangan biarkan rumah anda seperti kubur.

Ini hanya petua semata-mata utk mengenal pasti dan mengesan, kita sebagai manusia dari zaman nenek moyang telah wujud dengan pelbagai macam petua yang boleh kita cuba sebagai ikhtiar dan buah kundur hanya asbab sahaja. Segalanya atas izin Allah Taala. Yang penting hati dan niat kita yang baik sahaja dan bergantung kepada pertolongan Allah.

Sumber: Facebook My Kelantanese

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×