Rakyat

Lepaskan Tembakan, Seorang Wanita Diserang Bekas Suami Dipercayai Kerana Cemburu

7
SHARES
isteri diserang suami

Seorang lelaki ditahan pihak polis kerana dipercayai telah melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu oleh bekas isterinya di Kampung Tampang, Kota Bharu pada malam semalam.

LEPASKAN TEMBAKAN, SERANG ISTERI KERANA CEMBURU

Menurut Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan, Asisten Komisioner Wan Khairuddin Wan Idris, mangsa telah membuat laporan polis yang mendakwa bahawa bekas suaminya itu mengekorinya ketika dia dalam perjalanan hendak pulang ke rumah bersama tiga anaknya pada pukul 7.30 malam.

Kemudian mangsa mendengar seperti bunyi tembakan yang telah mengena cermin belakang di bahagian kanan keretanya. Hasil pemeriksaan yang dilakukan oleh pasukan forensik mendapati terdapat kesan pecah pada cermin kereta mangsa, namun anak peluru atau kelongsong yang digunakan tidak dijumpai.

Pemeriksaan yang dibuat pasukan forensik mendapati benar ada kesan pecah pada cermin kereta jenis Kia Rio mangsa, namun tidak menemui anak peluru atau kelongsong yang digunakan.

Serang bekas isteri sebab cemburu

tembak bekas isteri

Punca kejadian dikatakan akibat cemburu dan telah menyebabkan bekas suaminya itu menyerang serta melepaskan tembakan ke arah kereta yang dipandu oleh mangsa.

Namun mangsa tidak nampak jenis senjata digunakan. Dia dan tiga anaknya tidak cedera.

Walau bagaimanapun, pihak polis masih belum mengenal pasti kesan retak di cermin berkenaan merupakan kesan daripada penggunaan senjata api atau mangsa menggunakan senjata lain.

Siasatan lanjut sedang dijalankan dan suspek yang berusia 30-an telah ditahan serta akan direman pada hari ini mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×