Kata orang kalau sudah jodoh pasti tidak kemana, betul tak? Begitu juga dengan kisah yang berlaku di China dimana seorang lelaki ini berkongsikan foto bertemu kembali dengan seorang pramugari yang dijumpainya selepas 15 tahun. Wajah pun masih sama!
KENANGAN 15 TAHUN LEPAS ‘HIDUP’ KEMBALI
Berkongsikan foto kenangan bersama pramugari penerbangan ketika beliau berumur 5 tahun, Xu Yang Feng yang kini berusia 20 tahun masih lagi mengingati pramugari yang bertugas 15 tahun lepas.
DAH JADI TEMAN SEKERJA!
Menurut Beijing Youth Daily, selepas 15 tahun memori tersebut terpahat hanya pada sekeping foto, Yang Feng kini sedang melanjutkan pelajaran tahun ketiga dalam kursus Civil Aviation Flight Academy dan sudah memulakan latihan praktikal China Eastern Airlines pada bulan Oktober.
Selepas memulakan latihan praktikal tersebut, beliau sangat terkejut kerana masih mengenali wajah pramugari yang sama ketika beliau berusia 5 tahun. Rupa-rupanya pramugari yang sama masih bekerja dan menjadi pelatih beliau!
Bukan sahaja Yang Feng yang mengenali pramugari tersebut, malah wanita berkenaan turut mengingati momen bersama 15 tahun lepas. Apa yang lebih menarik lagi, mereka mengambil foto perbandingan sama seperti 15 tahun yang lepas. Boleh buat jadi kenangan!
Selepas kisah mereka menjadi viral, pihak pengurusan penerbangan tersebut terus membenarkan Yang Feng menyambung latihan di bawah penjagaan pramugari Fang.
Sumber : Beijing Youth Paper Daily