keselamatan

[VIDEO] Lelaki Cabul Budak 9 Tahun Dalam Kedai Diburu Polis. Parents Sila Alert!

3.6K
SHARES

Seorang lelaki dirakam CCTV sebuah kedai ketika mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 9 tahun di sebuah kedai di Rawang petang Rabu lalu diburu polis.

Perbuatan tak senonoh lelaki terbabit menjadi tular di media sosial dan mengundang kemarahan orang ramai.

Mencabul Mangsa 2 Kali Di Rak Jualan

Dalam video berdurasi 51 saat itu, mangsa dirakam berada di rak jualan kedai bersama seorang kanak-kanak perempuan dipercayai adiknya.

Ketika kedua-dua kanak-kanak leka melihat barang di rak jualan, seorang lelaki mendekati mereka dari arah belakang lalu memeluk salah seorang kanak-kanak itu dan menggesel kemaluannya pada punggung kanak-kanak tersebut.

Lelaki tidak diketahui identitinya itu kemudian kembali lagi ke rak jualan terbabit dan melakukan perkara sama sebelum kedua-dua kanak-kanak itu melarikan diri.

Suspek kemudian berpura-pura melihat barang di rak jualan sebelum beredar dari ruang kedai itu.

Laporan Polis Telah Dibuat

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Samsor Maarof berkata kejadian dimaklumkan ibu mangsa pada malam Jumaat lalu sebelum bapa kanak-kanak terbabit membuat laporan polis.

“Bapa mangsa mendakwa suspek memeluk anaknya dari arah belakang dan menggesel kemaluannya ke punggung kanak-kanak itu.

“Suspek kemudian melarikan diri selepas kejadian yang berlaku pada jam 6.19 petang Rabu lalu,” katanya.

Beliau berkata, identiti suspek belum dikenal pasti namun usaha mengesannya giat dijalankan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

*Sumber: Sinar Harian

SL : Aduhai geramnya bila di tempat awam pun masih ada yang boleh buat perbuatan terkutuk macam ni! Harapnya lelaki ni dapat ditangkap dan diberi hukuman setimpal. Ibu ayah pun kena lebih alert sekarang, risau dengan perangai manusia yang makin pelik!

#UPDATE : Suspek kini berada dalam tahanan polis dan bakal dihadapkan ke mahkamah.

BACA : Lelaki Cabul Budak Di Rawang Telah Ditahan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×