Untuk anda yang ada anak-anak yang masih kecil, pastinya tidak akan terlepas dengan desakan anak yang minta nak tengok kartun kan? Antara kartun yang menjadi kegemaran mereka adalah seperti Spongebob Squarepants, Doraemon dan Mr.Bean. Namun, tidak kurang hebat juga kartun animasi yang berasal dari negara kita sendiri.
FENOMENA DIDI&FRIENDS, OMAR HANA
Didi&Friends dan Omar Hana menjadi satu fenomena apabila menjadi kegilaan setiap kanak-kanak di Malaysia. Setiap hari, 24 jam anak-anak asyik minta dekat ibu bapa nak tengok siri animasi ini. Padat dengan ilmu, interaktif dan comel merupakan tunggak utama dalam siri animasi ini yang dapat ‘menangkap’ perhatian si manja.
5 JUTA SUBSCRIBERS DI YOUTUBE!
Bermula dengan siri animasi Didi&Friends, seterusnya memperkenalkan Omar Hana, rancangan animasi berkonsepkan informasi dan islamik ini sudah mempunyai lebih dari 5 juta subcribers di YouTube. Paling menarik sekali adalah mereka juga mempunyai tarsiran dalam pelbagai bahasa supaya dapat mencecah pasaran lebih global.
Kami juga berpeluang untuk melawat pejabat urusan yang mengetengahkan siri ini iaitu Digital Durian di Cyberjaya. Bukan itu sahaja, kami juga dapat menemuramah CEO atau tulang belakang kepada kejayaan siri animasi intelektual ini iaitu Encik Sinan Ismail.
Nak tahu rahsia apa yang mereka guna untuk bagi anak-anak kita ‘ketagih’ dengan animasi ini, jom kita tengok video di bawah!
Team Siraplimau Jumpa Bos Diddy&Friends!
"Mari sebut, Alhamdullillah…"Memang tak sah kalau mommy daddy tak pernah dengar lagu ni kan? 24 jam anak minta nak tengok Omar Hana dan Diddy&Friends jadi melekatlah dekat telinga anak. Nak tahu juga apa 'ilmu' yang dipakai oleh orang disebalik kejayaan kartun animasi ni kan?
Posted by Sirap Limau on Tuesday, October 15, 2019
*Jadi, teruskan menyokong industri animasi negara supaya mereka dapat menghasilkan pelbagai lagi content yang menarik dan berilmu untuk anak-anak anda ya!