Asuh

Lebih 40 Ribu Perkongsian FB, Wanita Ini Cerita Detik Cemas Hadapi Anak Tersedak Dan Tindakannya!

237
SHARES

Insiden bayi tersedak boleh dikatakan sebagai punca utama yang menjurus kepada kehilangan nyawa dalam kalangan bayi buat masa ini. Tersedak dalam kalangan bayi ini berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor. Antaranya adalah kesilapan makanan, ubat atau tersedak air liur sendiri. Hal ini kerana laluan pernafasan adalah sempit dan mudah untuk ‘blocked’ jika salah cara penjagaan oleh ibubapa. Oleh itu, amat penting untuk ibubapa sentiasa berwaspada dan ‘alert’ dengan langkah-langkah kecemasan jika hal sebegitu berlaku!

PERKONGSIAN INSIDEN BAYI TERSEDAK

Allahuakbar
Jam 3.00ptg

Detiknya berlaku perkara yang mendebarkan. Anakku Afifah Nurzahirah tiba-tiba menangis, lepas tu jatuh dan lembik badannya. Muka pucat dan biru bibirnya. Semuanya berlaku sekelip mata. Aku?? Aku panik sepanik-paniknya. Menangis semahu-mahunya lihat keadaan anak aku. Menjerit-jerit panggil suami. Waktu tu suami di dapur. Alhamdulillah Amir Mahmud x panik. Mujur sangat-sangat. Aku check keadaan sekeliling tempat anak aku duduk tadi. Tak ada apa-apa.

http://forums.steves-digicams.com/

Apa yang menyebabkan berlaku macam tu? Aku pun tak tahu.. Suami aku lakukan beberapa teknik kecemasan bagi bab yang tersedak.. Dia cuba korek-korek tengkuk anak supaya muntah jika tercekik dan bagi laluan penafasan terbuka. Suami tepuk-tepuk belakang anak 5 kali, pastu suami letakkan anak atas katil, bagi tekanan pada bawah puting dada anak sebanyak 5 kali dan 5 kali tepukan dekat dada untuk jika anak tercekik apa-apa. Suami check pulak denyutan jantung anak, SLOW! Bila suami bagitau denyutan jantung anak slow, kaki aku ni rasa macam dah tak melekat dah. Nyawa aku hilang entah ke mana.

Allahuakbar.. Allahuakbar.. allahuakbar. Itu yang mampu aku lafazkan. Bila suami cuba buat yang termampu untuk anak. Aku tengok anak, diam je.. Tak aktif mahupun menangis. Yang pasti bibir dia biru. Suami ulang-ulang balik teknik kecemasan. Akhirnya anak menangis. Takutnya aku waktu tu.

Jam 3.30ptg

www.rockthebabybump.com

Aku dan suami bergegas ke kecemasan. Tapi alhamdulillah. Anak dah beransur-ansur pulih. Aktif dan bergelak tawa dengan kakaknya. Tapi apa yang doktor bagitau anak mungkin tersedak air liurnya sendiri. Ya Allah.. Aku dengan suami memang tak tau anak akan tersedak air liur sendiri sebab berdasarkan pemahaman dan apa yang aku ketahui hanya tersedak susu @ air masak shj. Doktor kata kalau lambat suami buat teknik kecemasan td, tak tau la apa akan jadi dengan afifah. Allah… Doktor minta kami suami isteri pantau anak selama 5-6 jam jika berlaku lagi terus bawa ke hospital. Tindakan pantas suami yg menyelamatkan anak kami.

Jam 4.00ptg

www.irishtimes.com

Alhamdulillah.. Terima kasih Ya Allah.. Anak bergelak tawa.. Aktif bermain…syukur ya allah. Semoga afifah baik-baik saja. Berlaku sekelip mata je tanpa kita sedari.

Mohon kepada ibu bapa walaupun ada menyatakan hanya bayi yang bawah 6 bulan berlaku tersedak tapi terjadi jugak pada pada atas 6 bulan seperti anak saya. Boleh baca artikel mengenai tersedak dan cara mengatasinya dengan lebih lanjut sebab supaya lebih faham @ rujuk pada doktor untuk lebih pemahaman kerana saya pun masih membaca mengenai baby yang tersedak air liur kerana harini baru saya tahu.

Tindakan yg perlu dilakukan jika anak tersedak

1. Posisikan bayi menghadap ke bawah di lengan anda, dengan posisi kepala bayi lebih rendah dari dadanya.

2. Pegang kepala bayi dengan telapak tangan. Jangan menutupi bayi atau menekan lehernya.

3. Gunakan tumit dari salah satu tangan Anda untuk menepuk punggung bayi tepat diantara tulang belikat bayi. Lakukanlah sebanyak 5 kali tepukan.

4. Jika benda yang membuatnya tersedak tidak keluar, pegang kepala bayi dan ubah posisinya menjadi telentang di atas paha Anda.

5. Berikan 5 kali tekanan dengan cepat pada tulang dada di bawah puting bayi dengan menggunakan 2 – 3 jari Anda.

6. Terus berikan 5 tepukan dan 5 tekanan pada dada hingga benda tersebut keluar dari mulutnya.

7. Jika bayi pengsan, segera bawa ke hospital terdekat. Saya sertakan beberapa gambar untuk faham lagi tindakan yang perlu dilakukan jika bayi tersedak.

CARA KEDUA

1. Tiarapkan bayi kemudian seperti position di dalam gambar, tepuk belakang badan beberapa kali sehingga susu atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.

www.facebook.com/alia.azlia.9

2. Sekiranya susu atau ada benda lain di dalam mulut bayi tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap kehadapan tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.

3. Selain menekan bahagian perut bayi boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula

*Oleh itu, dinasihatkan kepada semua ibubapa supaya selalu mengambil tahu ilmu mengenai tips-tips kecemasan pernafasan untuk mengelakkan situasi bayi tersedak berlanjutan ke arah yang lebih membimbangkan. Kalau bukan kita, siapa lagi kan?

Sumber: Alia Azlia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×