Hebahan

[FOTO] Laungan Azan Bergema, Ramai ‘Banjiri’ Seluruh Masjid Di New Zealand Sempena #HeadScarfforHarmony

4.5K
SHARES

Berikutan tragedi tembakan yang berlaku di New Zealand yang telah mengorbankan kira-kira 50 orang mangsa, Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Laurell Ardern telah mengadakan satu bentuk solidariti dalam kalangan rakyat New Zealand sebagai penghormatan terakhir.

Gerakan solidariti yang diberi nama #HeadScarfforHarmony ini mendapat sambutan yang baik dari orang ramai bukan sahaja di negara New Zealand itu sendiri malah seluruh dunia. Gerakan solidariti yang diasaskan oleh Dr. Thaya Ashman ini mengalu-alukan orang ramai untuk memakai scarf di kepala bagi wanita dan scarf di bahu bagi lelaki untuk memberikan penghormatan terakhir kepada mangsa-mangsa tragedi masjid tersebut. Oleh itu, kami sertakan foto-foto suasana di Christchurch dan bandar lain di New Zealand sempena solat Jumaat dan #HeadScarfforHarmony.

RAMAI ORANG BERTUMPU DI MASJID

Bukan sahaja di Christchurch, ini merupakan suasana di luar masjid di bandar Auckland dimana ramai orang turut hadir bagi memberikan penghormatan terakhir dan mendengar laungan azan.

Media dari seluruh dunia juga tidak terlepas untuk melaporkan suasana di Christchurch pada hari ini bagi menyokong tanda solidariti memperingati mangsa yang terlibat.

WAJAH AKHBAR DI NEW ZEALAND HARI INI

Azan Solat Jumaat juga berkumandang dan bersiaran langsung di stesen radio dan televisyen berserta 2 minit tafakur sebagai tanda solidariti kepada mangsa-mangsa yang terkorban. Azan berkumandang pada jam 1.30 petang bersamaan kira-kira 8.30 pagi waktu Malaysia.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×