Rakyat

“19 Minit Hasilkan ‘Loom Band’ Untuk Dr Noor Hisham”. Ini Pengirimnya, Adik Lara Khadijah

260
SHARES

Susulan suratnya kepada Dr Noor Hisham beserta gelang tangan ‘loom band’ buatan sendiri dan surat balasan Ketua Pengarah Kesihatan yang menjadi tular di media sosial hari ini, ramai yang tertanya-tanya siapakah pengirim cilik ini.

Melalui surat kirimannya, Lara Khadijah McAfee, murid Tahun Tiga Sekolah Kebangsaan Seri Budiman, Kuala Terengganu itu berkata beliau menghantar gelang tangan dan surat itu pada 19 Mac lalu sebagai tanda penghargaan dan berterima kasih di atas pengorbanan Dr Noor Hisham dan pasukan barisan depan negara dalam memerangi penularan wabak COVID-19 di Malaysia.

Gelang Dihasilkan Dalam Masa 19 Minit Dengan Mengambil Ukuran Tangan Ayah

Katanya menerusi BERNAMA, “Saya hasilkan gelang tangan ‘Loom Band’ itu dalam masa 19 minit dengan mengambil ukuran tangan ayah.… saya pilih tiga warna iaitu biru gelap dan biru cerah sebagai lambang kebersihan manakala warna putih sebagai lambang kesucian dan keikhlasan hati mereka dalam menjaga kesihatan rakyat Malaysia pada musim wabak COVID-19 ini.

“Saya berharap pemberian kecil gelang tangan berserta kata-kata terima kasih itu akan melonjakkan lagi semangatnya agar terus kuat, dan supaya rakyat Malaysia terus memberi sokongan kepada barisan hadapan negara dengan hanya kekal berada di rumah.”

Anak bongsu kepada Pengarah Pusat Antarabangsa Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Anuar McAfee, 55, dan Eksekutif Kanan, Komunikasi Strategik Kumpulan Terengganu Incorporated, Mutiara Jusuf McAfee, 46, itu sangat menggemari aktiviti seni yang berasaskan kemahiran dan banyak mempelajarinya daripada YouTube.

Foto: Bernama

LAra khadijah mc afee

Foto: Facebook

Foto: IG

Isi Surat & Maklumbalas Yang Menyentuh Hati Rakyat Malaysia

Difahamkan bahawa surat itu adalah pengalaman pertama Lara Khadijah menulis kepada ‘orang besar negara’.

Ibunya berharap dengan menulis surat sedemikian dapat membantu Lara Khadijah memiliki rasa tanggungjawab dan prihatin dengan perkembangan semasa dunia.

“Ia adalah usaha kecil namun secara tidak langsung akan melatih Lara Khadijah agar menghargai jasa orang lain, peka dengan situasi semasa dan mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi.” 

Tanpa disangka, surat ini mendapat balasan daripada Dr Noor Hisham yang menyatakan beliau amat menghargai kata-kata dan pemberian gelang Lara Khadijah, yang kini dipakai cucunya.

Dalam surat tersebut, Dr Noor Hisham turut menyatakan hasrat agar Lara Khadijah belajar bersungguh-sungguh bagi mencapai impiannya kerana suatu hari nanti akan tiba masa gadis itu membantu Malaysia.

Menandatangani surat dengan kata-kata “From your new friend, Dr Hisham.”, ianya menyerlahkan lagi sikap rendah diri doktor berusia 57 tahun itu.

Melalui BERNAMA, Dr Noor Hisham juga telah mengesahkan bahawa ia adalah suratnya kepada Lara Khadijah, berkata: “Sekurang-kurangnya ini sahaja yang dapat saya lakukan untuk memberikan inspirasi kepadanya”.

Wah, respeklah!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×