Hebahan

Lancar ‘Starbucks At Home’ Bersama Nestle, Anda Kini Boleh Minum Kopi Premium Di Rumah!

68
SHARES

Berita baik untuk peminat kopi, Nestlé telah melancarkan Starbucks At Home rangkaian produk kopi premium yang baharu untuk pengguna Malaysia dan Singapura. Ini merupakan pelancaran sulung sejak Nestlé dan Starbucks bekerjasama pada Ogos 2018 untuk membentuk ikatan kopi global. Malah, ini juga menandakan pertama kali kopi Starbucks ‘dibawa masuk’ ke kediaman di Malaysia dan Singapura.

LANCAR ‘STARBUCKS AT HOME’ MERANGKUMI 11 PRODUK

Rangkaian kopi Starbucks At Home merangkumi 11 produk, termasuk biji kopi serta kopi panggang dan kisar yang dibungkus, dan juga kapsul Starbucks sulung yang dihasilkan menggunakan teknologi kopi dan sistem hak milik Nescafé Dolce Gusto.

“Ikatan antara Nestlé dan Starbucks menggandingkan tiga jenama ikonik dunia – Nescafé, Nespresso dan Starbucks – untuk membuka peluang menarik dalam pasaran kopi yang semakin berkembang di Malaysia dan Singapura.

Nestlé mempunyai pengalaman yang luas dan mendalam tentang pasaran minuman kopi di rantau ini. Ikatan ini dimeterai berdasarkan pengetahuan sistem serta kepakaran pengeluaran dan kecemerlangan pengedarannya. Nestlé turut memanfaatkan warisan keunggulan dan kedudukan premium Starbucks dalam menghasilkan kopi bermutu tinggi dan cita rasa tersendiri berdasarkan pengalaman yang tiada tandingannya sejak diperkenalkan di Malaysia dan Singapura sejak dua dekad yang lepas.

Rangkaian produk kopi baharu ini termasuk pelbagai kopi adunan dan kopi tanaman tunggal tersendiri Starbucks, serta pilihan minuman klasik seperti Caramel Macchiato dan Cappuccino. Semua produk dihasilkan menggunakan 100% kopi Arabica bermutu tinggi, yang dibeli secara beretika daripada peladang di kawasan penanaman kopi utama dunia yang mematuhi program Amalan Starbucks CAFÉ.

BOLEH MINUM KOPI PREMIUM HANYA DI RUMAH

Menerusi rangkaian Starbucks di rumah, pengguna boleh menghasilkan semula nikmat rasa tersendiri Starbucks kegemaran mereka dalam keselesaan rumah sendiri.

Kapsul Starbucks yang dihasilkan untuk mesin kopi Nescafé Dolce Gusto berilhamkan daripada kopi kegemaran anda “Dengan pelancaran ini, kami akan dapat mempercepatkan inovasi dan pembangunan kategori kopi Malaysia serta menawarkan pengguna Malaysia dengan tawaran kopi yang lebih menyenangkan, boleh disuai dan bermutu tinggi.

Produk kopi “Starbucks at Home” boleh didapati di laman rasmi “Starbucks At Home” di Lazada (Malaysia) dan FairPriceOn (Singapura) serta laman web Nescafé Dolce Gusto mulai 26 Ogos 2019, dan secara berperingkat di platform e-Dagang dan peniaga runcit terkemuka.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×