Siapa saja yang tidak gemari telur dadar. Masakan telur merupakan antara menu paling mudah namun sangat menyelerakan dan boleh dimakan bersama nasi, roti dan juga mee. Istimewanya dengan resipi telur dadar kali ini adalah kerana menggunakan telur masin. Ha, sedap ni makan dengan nasi panas-panas tidak kira siang atau malam. Mudah pula tu!
HANYA 4 BAHAN SAHAJA YANG DIPERLUKAN
Mudah untuk dapatkan bahan-bahan ni, dalam peti ais pun mungkin dah ada, apa yang diperlukan hanyalah
– Telur masin
– Bawang merah
– Cili padi
– Daun bawang
LANGKAH-LANGKAH MEMASAK
1. Kacau telur masin, memandangkan telur masin maka tidak perlu letak garam cuma letakkan sedikit serbuk perasa
2. Tuangkan telur yang telah digaul ke dalam kuali yang berisi minyak panas kemudian masukkan cili padi, bawang merah dan daun bawang secara merata ke atas telur
3. Tutup kuali dan biarkan telur masak sehingga garing mengikut citarasa anda kemudian terbalikkan
4. Angkat semula telur dan tadaaaa… siap untuk dihidang
Sumber: MasakWithPassion