Jika sebelum ini kita sering mendengar berita mengenai bayi dilahirkan dalam kereta sahaja. Terbaharu di Munich, Jerman, seorang bayi perempuan telah dilahirkan di dalam sebuah pesawat komersial EgyptAir! Bukan berita itu sahaja yang menggemparkan semua orang malah ada berita yang lebih menarik lagi berlaku.
DAPAT TIKET PERCUMA SEUMUR HIDUP!
Bayi yang dilahirkan dalam sebuah pesawat komersial EgyptAir tersebut telah dihadiahkan penerbangan percuma seumur hidup oleh Pengerusi Pemegang Syarikat Mesir, Rushdi Zakaria.
Menurut laporan, ibu kepada bayi tersebut, Hiyam Nasr Nagi Daaban dari Yaman ketika itu dalam perjalanan menuju ke London daripada Kaherah.
Dalam perjalanan itu, apabila diketahui bahawa dia ingin bersalin dan tidak mampu untuk bertahan, juruterbang pesawat MS777 EgyptAir membuat keputusan untuk melakukan pendaratan darurat di Munich.
Namun, bayi itu dilahirkan sebelum mendarat berkat bantuan daripada doktor serta penumpang yang berada di dalam pesawat tersebut.
“Rushdi Zakaria, mengucapkan tahniah kepada Hiyam Nasr Naji Daaban, seorang warga negara Yaman, atas keselamatannya dan memberikan tiket percuma perjalanan seumur hidup kepada bayinya yang baru dilahirkan semasa penerbangan EgyptAir semalam (16 September) dari Kaherah ke London, ”tweet syarikat penerbangan itu.
هنيء الطيار رشدي زكريا رئيس مجلس إدارة الشركة القابضة لمصرللطيران الراكبة هيام نصر ناجي دعبان يمنية الجنسية علي سلامتها ومنح مولودتها تذكرة سفر مجانية مدي الحياة والتي أنجبتها علي متن الطائرة أثناء رحلة مصرللطيران المتجهة أمس من القاهرة إلي لندن. pic.twitter.com/WDLsBFePDW
— EGYPTAIR (@EGYPTAIR) September 17, 2020
Sumber: Stuff.co