Kemeriahan booth Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berterusan di Karnival Jom Heboh (KJH) Pulau Pinang.
Sambutan yang diterima sangat menggalakkan, sehingga staf KWSP tidak menang tangan melayani pengunjung yang terus datang meramaikan suasana di booth.
Pelbagai permainan dan segmen dianjurkan, di mana pengunjung berpeluang beramah mesra dengan selebriti TV3 sambil mendapatkan maklumat terkini mengenai perkhidmatan KWSP.
Permainan interaktif jadi tarikan untuk pengunjung singgah ke booth KWSP
Istimewa untuk KJH kali ini, KWSP memperkenalkan permainan interaktif baharu Smash The Scammer selain Hammer The Scammer.
Permainan Hammer The Scammer dan Smash The Scammer bukan sahaja memberikan keseronokan kepada para pengunjung, tetapi ia juga memberi kesedaran kepada para pengunjung supaya tidak mudah terpedaya dengan tipu daya skim penipuan dan kepentingan untuk melawan scammer.
Selebriti TV3 turut memeriahkan booth KWSP!
Penampilan istimewa selebriti tempatan seperti Fedtri Yahya, Anim Ezati, Amirul Hakim Lokman dan Izzati Nizam menjadikan suasana booth KWSP lebih meriah.
Tidak hanya menghiburkan pengunjung yang hadir, mereka turut berkongsi pengalaman menggunakan perkhidmatan KWSP dan dalam masa yang sama menyampaikan mesej mengenai kepentingan celik kewangan dalam pengurusan dana persaraan.
Selain itu, mereka turut mengadakan sesi soal jawab dan kuiz bersama pengunjung yang hadir bagi memeriahkan lagi suasana di booth KWSP.
Pasukan Relastionship & Advisory (RA) KWSP bantu rancang dana persaraan!
Tidak hanya menyediakan slot permainan dan hiburan, KWSP turut menyediakan khidmat nasihat bagi membantu pengunjung yang hadir merancang dana persaraan dan meningkatkan tahap celik kewangan kepada mereka dengan sebaiknya.
Khidmat nasihat ini dikendalikan oleh pasukan Relationship & Advisory (RA).
Pelbagai maklumat berkenaan pelbagai perkhidmatan KWSP seperti Penamaan, i-Saraan, i-Sayang, dan i-Lindung telah dikongsikan.
Bukan itu sahaja, pengunjung juga boleh melakukan pelbagai transaksi i-Akaun di mobile truck KWSP yang telah disediakan.
Memang cekap dan efisien betul cara petugas-petugas KWSP yang berada disana mengendalikan jumlah pengunjung yang luar biasa.
Pengunjung seronok bawa pulang cenderahati KWSP sambil makan aiskrim percuma!
Lebih menyeronokkan lagi apabila ada pengunjung yang berjaya membawa pulang cenderahati istimewa KWSP setelah menyertai sesi soal jawab kuiz dan permainan yang KWSP anjurkan.
Mereka juga dilihat menikmati aiskrim dan kacang kuda secara PERCUMA!
Di samping itu, kanak-kanak yang hadir bersama ibu bapa mereka turut dihiburkan oleh Si Badut, Che Mamat. Macam-macam trick yang Che Mamat buat untuk menghiburkan pengunjung yang hadir. Min pun ikut sekali enjoy disana.
Semoga usaha dan komitmen KWSP dalam mendidik masyarakat merancang dana persaraan dengan betul dapat diteruskan kerana ini merupakan satu komitmen dan dedikasi KWSP bagi memastikan nasib para pencarum mereka terbela.
Jadi, pastikan korang sertai #TeamKWSP di lokasi KJH seterusnya dan main sepuasnya di booth KWSP sambil mendapatkan maklumat tentang produk dan perkhidmatan KWSP yang disediakan..