Inspirasi

Kurangkan Risiko Covid-19, Misi Dua Beradik Kutip ‘Face Mask’ Di Tepi Jalan Dapat Pujian Netizen

152
SHARES

Dalam negara Malaysia masih berdepan dengan gelombang wabak COVID-19, orang ramai disarankan untuk mengamalkan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Antaranya adalah kerajaan telah mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka atau face mask di tempat awam dan sesak.

Namun begitu, masih ramai dalam kalangan kita yang masih tidak ‘celik’ dengan cara betul pembuangan pelitup separuh muka ini. Manakan tidak, pelitup muka yang sudah terdedah dengan persekitaran berpotensi untuk menyebarkan wabak yang kita sendiri tidak boleh nampak jika tidak dilupuskan dengan betul. Jadi, perkongsian anak muda ini mendapat perhatian ramai apabila dia dan adiknya mengambil keputusan untuk mengutip pelitup muka di merata tempat di jalan Sg Bakap ke Parit Buntar.

KUTIP FACE MASK DI MERATA TEMPAT

Salam Sejathera

Saya Vasugi Ramasamy dan nie adik saya Suriya Kuppusamy dari Taman Kesumba,Sg Bakap,Pulau Pinang.Saya berkerja di Econsave Parit Buntar(Sebagai Acc Clerk)dan adik saya pulak belajar di ILP Nibong Tebal.Setiap hari saya ulang alik ke kerja saya melihat topeng muka(FACE MASK)berkeliharan merata tempat.So saya mengambil keputusan untk mengutip topeng muka (FACE MASK)yang berkeliharan dimerata tempat(Sg Bakap Ke Parit Buntar).So pagi nie saya dan adik saya turun utk menyelesaikan misi nie.

Tujuan utk kami menyelesaikan misi nie adalah mengurangkan pelbagai jenis kuman,bakteria,dan virus pada waktu pendemik #COVID19 .So kawan-kawan tolong fikir sebelom membuang topeng muka(FACE MASK) yg guna di merata tempat.Kita mana lah nak tahu Warga Emas dan kanak-kanak kita sihat atau tidak sama ada mereka mencukupi antibiotik yg sepenuhnya?So merekalah orang pertama yang diserang oleh #COVID19 ini.

Sekarang seluruh dunia diseksa oleh #COVID19 nie…dewasa tidak dapat pergi ke kerja,kanak-kanak tidak dapat pergi ke sekolah dll.Time macam nie kita kena jaga kebersihan dan kesihatan diri sendiri,pada masa yg sama jaga kebersihan dan kesihatan negara juga.Itu tanggungjawab sama-sama.Disini saya ingin menyampaikan satu pesanan kepada semua rakyat kita supaya janganlah buang topeng muka (FACE MASK)dimerata,itu akan menambahkan risiko.

TERBAIK!

Ternyata, usaha murni dua beradik ini mendapat perhatian dan pujian orang ramai. Semoga apa yang telah diusahakan oleh mereka dapat dijadikan contoh buat anak muda yang lain.

Sumber: Vasugy Ramasamy

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×