Hebahan

Krim Tak Berlabel ‘Sembuhkan’ Eczema Lepas 2 Kali Guna. Rupanya Ada Steroid, Punca Cushing Syndrome

337
SHARES

Health Sciences Authority (HSA) di Singapura telah mengeluarkan amaran terhadap 4 produk merbahaya yang melibatkan kandungan steroid dan kesan sampingan serius.

Bayi Alami Cushing Syndrome Selepas Menggunakan Produk Tidak Berlabel Dari Malaysia

Salah satu produk yang diisytiharkan merbahaya tersebut adalah tidak berlabel dan dipercayai dibekalkan oleh pengamal ubat tradisional dari Malaysia.

Akibat penggunaan produk tidak berlabel ini, seorang bayi berusia 1 tahun telah mengalami gejala muka membulat seperti bulan, pengumpulan lemak di belakang badan seperti bonggol kerbau, bulu badan tumbuh secara berlebihan dan kulit semakin menipis.

Contoh gejala Cushing Syndrome pada bayi yang menyebabkan muka membulat. / Foto Kredit: Pakistan Medical Journal Association

Simptom ini yang dikenali sebagai Cushing Syndrome merupakan komplikasi akibat penggunaan steroid.

Hasil siasatan lanjut mendapati bayi tersebut telah disapu dengan krim yang tidak berlabel untuk merawat ruam lampin.

Krim tersebut telah dikesan mengandungi steroid dan antifungal.

Eczema Cepat Baik, Tapi Makin Teruk Bila Berhenti Guna

Dalam satu kes lagi, seorang ibu telah membeli produk D’Splendid Kidzema Cream untuk merawat eczema yang dialami anaknya.

Si ibu mendapati produk tersebut berkesan hanya selepas 2 kali penggunaan, namun keadaannya menjadi lebih teruk selepas 3 hari berhenti menggunakannya.

Label pada produk tersebut menyatakan ianya boleh digunakan untuk melegakan ruam kulit, eczema dan gigitan nyamuk bagi kanak-kanak dan bayi.

Namun siasatan mendapati krim ini mengandungi bahan terlarang seperti antibiotik dan antifungal yang tidak selamat bagi kanak-kanak bawah 12 tahun.

*Sumber foto & jadual oleh HSA via Channel News Asia

2 lagi produk iaitu CLAĺR DE LUNE P Tuberose Day Cream dan CLAĺR DE LUNE S Involcurata Night Cream juga didapati mengandungi bahan terlarang dan memberi kesan sampingan kepada pengguna walaupun dilabel ‘organik’ dan selamat digunakan.

Semak Sebelum Beli

Ibu-ibu lepas ni kena berhati-hati dengan produk rawatan kulit ya.

Memang lega tengok anak cepat sembuh dan yak ada lagi ruam atau eczema.

Tapi kalau ubat tu terlalu pantas kesannya dan berkesan dalam beberapa hari saja, kemungkinan besar ada bahan beracun yang tersebunyi walaupun dilabel ‘organik’ dan ‘semulajadi’.

Jadi seeloknya semak dulu dan dapatkan kepastian doktor sebelum menggunakan produk, terutamanya untuk bayi dan kanak-kanak.

*Sumber berita: Channel News Asia via HSA Authority Press Release 1 July 2019

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×