DIY & Kraf

Kreatifnya Suami DIY Penyangkut Tudung Isteri Guna Pengepit Baju, Boleh Sangkut 30 Tudung!

62
SHARES

“Banyaknya tudung! Dah tak ada ruang dah nak sangkut”

Sudah normal bagi para wanita bertudung, pasti ada sahaja tudung baru yang dibeli. Bila sudah terlampau banyak koleksi tudung dibeli dan ada di rumah, tiada pula ruang yang mencukupi untuk simpan tudung-tudung tersebut.

Jadi, menariknya perkongsian di laman Facebook oleh suami ini adalah dia membantu untuk DIY tempat menyangkut tudung si isteri dengan hanya mengguna tiga barang. Yang paling menarik adalah ruang penyimpanan tudung menjadi cukup dan tudung pun tersusun dengan rapi serta mudah dicari!

BAHAN-BAHAN BUAT PENYANGKUT BAJU

-Penyangkut baju besar besi

-Penyepit tudung

-Cable tight

Disebabkan tudung isteri terlalu banyak, suami lipat-lipat letak dalam rak. Isteri potpet cakap tudung tak ada. Sekali tengok dalam rak, bagitau suami isteri kalau dalam rak ni susah nak nampak dan pakai.Sebelum ni dok gantung-gantung dekat hanger je.

1 hari lepas balik kenduri singgah la kedai (eso-shop) ni. Niat nak cari benda lain p beli benda lain. Sekali terpandang hanger besar ni, terus dapat idea. Beli hanger, pengepit tudung dan cable tight. Balik rumah cerita dekat suami nak buat penyangkut tudung. Dia pun okay je…

SIAP!

Apa yang menariknya adalah 1 hanger anda boleh dapat 30 tudung untuk disangkut! Memang jimat ruang.

Sumber: Sesejuk Mata Hatiku

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×