DIY & Kraf

10 Idea Kraf Batang Aiskrim Yang Comel & Mudah Untuk Kanak-kanak. Modal RM2 Je

2.7K
SHARES

“Minggu depan cuti sekolah, apa aku nak buat dengan budak-budak ni ye. Kalau tak plan betul-betul, kejap je diorang dah bosan nanti. Kalau boleh taknak diorang ni menghadap TV dan gajet aje. Hmm…”

Setiap hujung minggu atau cuti sekolah, mak-mak mesti kena perah idea untuk pastikan masa anak-anak terisi dengan aktiviti bermanfaat.

Dah nature budak-budak tu sikapnya aktif dan sentiasa ligat. Kalau terperap di rumah seharian tanpa aktiviti baru, tentu mereka akan mengadu bosan. Kalau tak pun, mesti asyik nak tengok TV dan main game di handphone sampai kita pun naik risau.

Jadi apa kata kita cuba beberapa aktiviti DIY menggunakan batang aiskrim yang mudah dan menarik. Modalnya pula cuma RM2 untuk kita beli sepaket batang aiskrim ni di kedai Eco atau kedai RM2. Jimat!

kraf batang aiskrim

10 Idea Kraf Batang Aiskrim Yang Menarik Untuk Kanak-kanak

Jom kita tengok beberapa kraf batang aiskrim dan permainan yang boleh kita cuba buat dengan anak-anak di rumah.

1. Penanda Buku

Macam-macam cara kita boleh hiaskan batang aiskrim menjadi penanda buku.

Foto Kredit: Pinterest

Menggunakan washi tape, kertas warna, reben atau pensel warna, kita boleh membuat baju anak patung yang berwarna-warni. Kemudian lukiskan saja bahagian muka, rambut, butang baju, dan kaki seperti dalam gambar ini.

Memang comel, kan? Boleh buat gambar satu famili dan nyanyikan lagu finger family dengan anak-anak.

kraf batang aiskrim

Foto Kredit: Pinterest

 2. Puzzle DIY

Nak buat puzzle DIY ni senang saja, gunakan poster colour atau pen marker untuk lukiskan sebarang objek pada batang aiskrim yang disusun sebaris.

Sekurang-kurangnya gunalah 4-5 batang aiskrim untuk 1 puzzle. Kalau nak lagi mencabar, guna lebih banyak batang aiskrim. Bila dah kering, bolehlah susunkan semula menjadi objek yang dilukis tadi.

Selain melukis sendiri objek pada batang aiskrim, anda boleh juga tampalkan gambar yang digunting daripada majalah atau buku.

Foto Kredit: Youtube

3. Lukisan Abstrak

Ambil kertas lukisan atau kadbod besar dan minta anak hasilkan lukisan atau corak mengikut kreativiti masing-masing.

Kemudian gunakan gam untuk dilekatkan pada kertas atau kadbod.

Boleh framekan lepas dah siap tu dan jadikan hiasan dinding. Cantik kan?

4. Hiasan Pintu

Lebih kurang cara yang sama seperti membuat puzzle tadi, anda boleh lekatkan sebaris batang aiskrim di atas 2 batang aiskrim untuk memegangnya.

Kemudian gunakan tali untuk dijadikan penggantung.

5. Bekas Simpanan

Boleh juga hasilkan bekas seperti di bawah ini untuk menyimpan pensel atau barang-barang lain di bilik tidur anak.

Olahkan bentuknya mengikut kreativiti masing-masing.

6. Pemegang Tisu

Yang begini pun simple dan mudah. Boleh letakkan di atas meja makan.

7. Frame Gambar

Ada banyak cara untuk buat frame gambar menggunakan kraf batang aiskrim.

Foto Kredit: Pinterest

Antara yang menarik seperti dalam video di bawah ini. Siap dengan stand sekali dan boleh masukkan gambar terus.

8. Jewellery Box

Menarik juga buat bekas simpanan bertutup seperti ini. Boleh simpan barang kemas, pin tudung atau brooch dan getah rambut. Taklah asyik hilang je kan?

9. Buku Nota

Unik sungguh kalau buat buku nota begini.

Guna cara yang sama macam buat penanda pintu tadi. Lepas tu, tampalkan di atas kulit buku nota biasa. Dahlah cantik, confirm tak sama dengan orang lain!

kraf batang aiskrim

Foto Kredit: recycled-crafts.com

10. Model 3D

Menggunakan batang aiskrim, anda juga boleh ajak anak-anak membina model 3d pelbagai bentuk.

Lekatkan saja bucunya menggunakan playdoh atau tanah liat.

Macam-macam bentuk boleh buat!

Kalau rajin, boleh eksperimen menggunakan bahan lain juga contohnya penyepit baju.

Atau boleh susunkan lapis demi lapis menjadi bentuk begini.

Macam-macam Lagi Boleh Buat!

Wah, dengan bermodal RM2 saja, macam-macam aktiviti dan kraf boleh buat menggunakan batang aiskrim kan?

Sambil mengasah kreativiti dan melatih skil motor, mesti anak-anak teruja nak luangkan masa dengan mak dan ayah nanti.

Mudah, jimat dan menyeronokkan.

Selamat mencuba!

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×