Rakyat

Koronavirus : 7 Krew Malindo Air Dikuarantin Di Zhengzhao

14.8K
SHARES

TERKINI (26 Januari 2020):

Malindo Air telah mengesahkan dalam sebuah pengumuman terkini bahawa 7 orang daripada krew mereka kini sedang dikuarantin selama 14 hari kerana terdapatnya seorang penumpang oesawat tersebut disyaki dengan gejala koronavirus.

Penumpang dari wilayah Hubei tersebut menaiki pesawat dari Kuala Lumpur ke Zhengzhao pada 24 Januari.

Malindo Air mengambil serius dan memantau situasi ini bagi membantu mengawal penularan wabak ini.

Sementara itu, pemeriksaan terhadap penumpang dari China juga diselia secara proaktif dan lebih ketat. Semua penumpang dari wilayah Hubei mesti mengemukakan sijil perubatan bagi memastikan mereka cukup sihat untuk menaiki pesawat.

Penumpang yang tidak memenuhi semua syarat ini tidak dibenarkan menaiki pesawat.

*Sumber: Malindo Air

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2701779216572891&id=366428100108026

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×