Rakyat

Bilik Mayat Hospital KKM Mula Penuh, Terpaksa Guna Kontena Khas

54
SHARES

Hari ini merupakan satu detik hitam apabila negara mencatatkan kes kematian harian COVID-19 yang tertinggi sejak pandemik ini bermula.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham, dengan pertambahan 98 kes kematian pada hari ini, ia membawa jumlah keseluruhan kes kematian COVID-19 ke angka 2650. Daripada jumlah ini, 471 kematian berlaku pada tahun 2020, manakala 2179 kematian dicatatkan dalam tempoh lima bulan pertama 2021.

Dalam tempoh 1-29 Mei 2021 sahaja, sebanyak 1144 kematian disebabkan COVID-19 telah direkodkan. Ini merupakan jumlah kes kematian bulanan yang paling tinggi setakat ini.

Kontena khas mayat

Bilik Simpanan Mayat Semakin Penuh, Kontena Khas / Fleximort Terpaksa Disediakan

Bilik simpanan mayat di hospital-hospital KKM kini mula penuh dan semakin sukar untuk menampung penambahan mendadak jumlah jenazah/mayat susulan peningkatan kematian akibat COVID-19.

Sehubungan itu, pihak perkhidmatan perubatan forensik telah menyediakan kontena khas khusus sama ada untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 atau bukan COVID-19 di lima buah hospital iaitu Hospital Selayang, Hospital Serdang, Hospital Sultanah Aminah JB, Hospital Queen Elizabeth I dan Hospital Sungai Buloh serta satu “fleximort” khusus untuk jenazah/mayat pesakit COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah.

Setiap kontena khas ini boleh menampung maksimum 20 jenazah/mayat manakala bagi “fleximort” maksimum sebanyak 12 jenazah/mayat.

Kontena khas mayat

Katil ICU Juga Terhad, Terpaksa Diutamakan Kepada Pesakit Yang Berpotensi Sembuh

Tambah Dr Noor Hisham lagi, apabila kes aktif COVID-19 melebihi kemampuan dan kapasiti petugas kesihatan untuk merawat, maka para doktor akan terpaksa membuat pilihan sukar untuk mengutamakan katil ICU bagi pesakit yang mempunyai potensi sembuh yang lebih tinggi berbanding pesakit yang potensi sembuhnya adalah lebih rendah (poor prognosis).

Ini adalah implikasi yang tidak diingini oleh setiap petugas kesihatan, namun pilihan sukar ini akan terpaksa dilakukan apabila sistem kesihatan mencapai kapasiti maksima.

Icu kkm

Rakyat Malaysia Perlu Bekerjasama Agar Sistem Kesihatan Negara Tidak Lumpuh Sama Sekali

Di akhir kenyataan, beliau menyeru agar rakyat Malaysia membantu pihak KKM agar sistem kesihatan negara tidak lumpuh sama sekali.

Semua pihak dari peringkat tertinggi hinggalah ke rakyat jelata perlu membantu memutuskan rantaian jangkitan virus COVID-19.

Buatlah keputusan dan pilihan terbaik demi rakyat dan negara.

Marilah kita kekal duduk di rumah. Jika anda mempunyai urusan penting di luar, pastikan anda mematuhi SOP agar diri dan ahli keluarga dilindungi.

Kita jaga kita. Pastikan tiada pergerakan dan tiada perhimpunan.

#LockdownKendiri
#BantuSistemKesihatanNegara

Sumber: Dr Noor Hisham Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×