Telatah anak kecil yang kian membesar memang ada kalanya menghiburkan hati orang dewasa. Pada waktu inilah, anak kecil banyak mencuba macam-macam perkara baru. Sama seperti situasi yang dikongsikan ibu ini tentang ragam anaknya yang tersangkut di bawah meja.
GELAGAT LUCU ANAK KECIL ‘TERSANGKUT’ BAWAH MEJA
Di dalam video yang dikongsikan ini, dapat dilihat anak kecil tersebut berada di bawah meja di mana ayahnya sedang membuat kerja. Dia kemudiannya menangis sebaik saja sedar dirinya terutama sekali bahagian kepala ‘kononnya’ tersangkut di bawah meja dan tidak dapat keluar.
Si ayah kemudian memintanya untuk menundukkan kepalanya untuk keluar namun tidak difahami oleh anak kecil itu. Ragam anak kecil ini turut membuatkan si ibu ketawa besar apabila melihat reaksi cuak anaknya itu.
@ndibsyHahahaha ummi mampu gelak je 🤣🤣♬ original sound – N Dibsy
Si kecil ini akhirnya berjaya dikeluarkan dari bawah meja dan diangkat oleh ayahnya. Bukan saja kedua ibu bapanya, warganet juga turut sama terhibur dengan kejadian yang menimpa anak kecil ini.
“DRAMA BETUL!”
Ramai yang menyifatkan kanak-kanak biasanya memang terkenal dengan ‘drama’ mereka jika berada dalam kesusahan. Ada juga yang berseloroh meja tersebut boleh menjadi perangkap untuk kanak-kanak yang nakal selepas ini.
Sumver: Tiktok @ndibsy