Hebahan

Ibu-ibu, Kongsikan Pesanan Mak Kata Anda!

1
SHARES

Sertai peraduan Mak Kata, Saya Anak Bijak Dutch Lady dan rebutlah peluang bertemu dengan Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana

Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) menyeru para ibu di Malaysia untuk berkongsi pesanan dan kata-kata hikmah dalam kempen terbaru Dutch Lady iaitu: Mak Kata, Saya Anak Bijak dan berpeluang bertemu dan beramah mesra bersama Scha Alyahya dan anaknya, Lara Alana dalam majlis jamuan teh. Kempen ini turut menyediakan hadiah wang tunai RM50 untuk 250 orang peserta yang pertama pada setiap minggu sepanjang tempoh peraduan.

DLMIB 2299_MakKata3_kv_A3size_Website_OL

Ashlee Ng, Pengarah Pemasaran Dutch Lady Malaysia menjelaskan, “Kami di Dutch Lady Malaysia menyedari kepentingan untuk para ibu memahami peranan dan hubungan di antara bimbingan yang diberinya dan susu yang memberikan nutrisi, perlu digabungkan untuk memastikan tahap kebijaksanaan yang progresif untuk si manja. Susu tepung rumusan untuk kanak-kanak, Dutch Lady 4-tahap Nutri Planˇ dengan 5X DHA* adalah satu program nutrisi yang menyeluruh khas untuk kanak-kanak berusia 1-6 tahun dan ke atas bagi menyokong tahap kebijaksanaan dan pembelajaran kanak-kanak. Apabila keperluan nutrisi disokong, para ibu boleh menumpukan perhatian dalam membimbing si manjanya untuk mencapai setiap tahap kebijaksanaan.”

Ng turut menjelaskan latar belakang dan kepentingan di sebalik tema kempen: “Kasih sayang seorang ibu tiada batasan. Setiap pesanan ibu akan membantu kita menjadi insan yang lebih berjaya. Apa yang disampaikan membentuk diri serta menjadi prinsip hidup kita sehingga kini. Maka memberi kami mencipta kempen bertemakan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dengan memberi makna yang tersirat di mana pesanan ibu menjadikan seorang anak lebih bijak!”

“Frasa Mak kata digunakan buat pertama kalinya dalam iklan TV Dutch Lady klasik yang disiarkan pada tahun 1983 yang menunjukkan dua orang budak lelaki mengulangi pesanan and kata-kata hikmah ibu mereka. Dengan berilhamkan iklan ikonik tahun 80-an itu, Dutch Lady Malaysia memperkenalkan kempen Mak kata yang pertama pada tahun 2014.

“Dutch Lady Malaysia ingin mengembalikan kempen yang amat sinonim dengan Mak kata pada tahun ini dengan gambaran yang mencerminkan kebijaksanaan kanak-kanak pada hari ini. Itulah sebabnya kempen kami direka untuk membantu ibu-ibu memahami betapa pentingnya kata-kata mereka dalam membentuk anak mereka, “jelas Ng.

Peraduan “Mak Kata, Saya Anak Bijak” adalah platform yang sempurna untuk para ibu berkongsi pesanan mak kata yang lucu, menarik atau mengharukan di mana berkaitan dengan kepetahan, kepintaran dan daya imaginasi anak-anak mereka. Seramai sembilan pemenang bersama ahli keluarga mereka berpeluang untuk beramah mesra dengan selebriti terkenal yang juga merupakan seorang ibu iaitu Scha Alyahya dan anaknya Lara Alana sewaktu jamuan teh. Semua pemenang juga akan membawa pulang sebuah kamera instan untuk merakamkan kenangan manis bersama-sama keluarga mereka. Selain itu, 250 penyertaan yang pertama pada setiap minggu akan menerima hadiah tunai bernilai RM50^ bagi setiap penyertaan, dari 1 Ogos hingga 30 September 2016.

Cara penyertaan adalah mudah; anda hanya perlu:
a) Beli mana-mana pek susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady 4-Step Nutri Plan dengan 5X DHA* (650g atau 900g);
b) Layari laman web Smart Moment Dutch Lady Malaysia (https://www.smartmoments.com.my);
c) Masukkan petikan “Mak Kata” kegemaran anda dan muat naik gambar saat-saat pintar si manja anda; dan
d) Klik ‘HANTAR’!

DL New release key visual v3

Untuk Scha Alyahya, seorang hos TV, model, pelakon dan juga ibu kepada Lara Alana yang baru berusia dua tahun, tiada apa yang lebih penting daripada melihat anaknya membesar dengan gembira. “Sebagai seorang anak, nasihat ibu saya merupakan sesuatu yang paling berharga sewaktu saya membesar. Saya melihat ibu sebagai contoh kepada segala perkara yang saya lakukan, dan saya turut memastikan orang lain di sekeliling saya mengetahui apa yang ibu katakan! Ibu saya selalu berkata, “Rupa cantik terletak pada budi pekerti.” Kita perlu sentiasa cuba untuk melihat kebaikan dalam semua orang. Malah pada hari ini, dia tidak pernah mengatakan sesuatu yang buruk tentang seseorang dan saya cuba untuk mengikuti sifat ibu saya. Inilah satu-satunya nasihat yang saya ingat sampai bila-bila masa.”

“Kini sebagai ibu kepada Lara, saya cuba untuk menyemai sifat yang sama seperti yang dilakukan oleh ibu saya sebelum ini. Lara telah menyambut hari lahir yang kedua pada bulan Julai lepas, dan saya berharap anak saya yang sudah mula dikenali ramai sejak lahir lagi boleh menunjukkan contoh yang baik kepada kanak-kanak yang lain. Kehidupan sebenarnya adalah satu proses pembelajaran yang panjang. Kita mungkin mengajar anak-anak untuk menjadi insan yang baik, tetapi kadangkala mereka yang mengajar kita tentang kebaikan,” jelas Scha.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen “Mak Kata, Saya Anak Bijak” dan butiran peraduan, sila layari laman Smart Moment Dutch Lady Malaysia di https://www.smartmoments.com.my.

Rujukan:
* Berbanding dengan susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang terdahulu (Year 2009)
^ Tertakluk kepada terma dan syarat.
ˇ4-Tahap Nutri Plan™ merangkumi susu tepung rumusan untuk kanak-kanak Dutch Lady© Curious, Explore, Create dan Learn.

 

Mengenai Dutch Lady Milk Industries Berhad

Ditubuhkan pada tahun 1963, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) merupakan syarikat tenusu terunggul di Malaysia.

 

Mengenai Royal FrieslandCampina

Setaip hari, Royal FrieslandCampina menyediakan makanan yang kaya dengan nutrisi bernilai kepada jutaan pengguna seluruh negara dan merupakan salah sebuat daripada lima syarikat tenusu terbesar dunia.

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×