Rakyat

Tamat Tempoh Setahun ‘Mendidik’, Saman Perokok Akan Dikuatkuasa Mulai 1 Jan 2020

522
SHARES

Tepat jam 12 malam pada 31 Disember 2019, maka berakhirlah tempoh Penguatkuasaan Pendidikan bagi larangan merokok di premis makanan terbuka.

Sejak peraturan baharu itu dikuatkuasakan pada 1 Jan 2019, KKM telah memberi tempoh setahun bagi mendidik orang ramai terutama perokok mematuhi dan membiasakan diri dengan larangan itu.

Bermula 1 Jan 2020, peraturan larangan merokok di premis makanan terbuka itu berkuatkuasa sepenuhnya. Perokok yang ingkar arahan boleh dikenakan kompaun RM250.

Sekiranya gagal membayar kompaun itu dalam tempoh yang telah ditetapkan, kes akan dibawa ke mahkamah. Sekiranya didapati bersalah, boleh dikenakan denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun.

Tindakan penguatkuasaan undang-undang ini bukan bertujuan menghukum apatah lagi mendikriminasikan golongan perokok, tetapi lebih kepada menjaga kepentingan golongan bukan perokok yang turut terdedah kepada bahaya asap rokok.

Asap rokok mengandungi racun dan menjadi salah satu punca utama kepada 22 penyakit kanser terutama Kanser Paru-paru.

Peraturan baharu itu juga sebagai kesedaran kepada perokok supaya berhenti tabiat merbahaya itu.

Sejak peraturan baharu itu dilaksanakan, bilangan perokok yang mendapatkan bantuan daripada Perkhidmatan Berhenti Merokok yang disediakan di klinik dan hospital kerajaan, hospital swasta dan farmasi terpilih semakin bertambah. (jomquit.moh.gov.my)

Biarpun anda belum berjaya berhenti merokok, tetapi anda perlu ada kesedaran sivik yang tinggi dan sikap tolenrasi untuk tidak merokok di premis terbuka.

Kesedaran dan perubahan sikap adalah kunci utama kepada peraturan baharu ini.

Jika anda ke premis makanan tertutup (berhawa dingin), anda pasti tidak akan merokok. Amalkan juga kesedaran sebegini di premis terbuka.

*Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×