Fenomena gerhana matahari penuh pada Rabu baru-baru ini, telah mencuri perhatian orang ramai di Sepanyol dan Portugal apabila penduduk tempatan, pelancong serta peminat astronomi berkumpul untuk menyaksikan detik yang jarang berlaku itu pada Rabu.
ORANG RAMAI BERHIMPUN SAKSIKAN GERHANA MATAHARI PENUH DI SEPANYOL & PORTUGAL

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press
Menurut laporan Xinhua, laluan lokasi gerhana penuh atau totality merentasi bahagian utara Sepanyol serta kawasan kecil di timur laut Portugal berhampiran sempadan kedua-dua negara.
Acara menyaksikan fenomena astronomi itu turut diadakan di beberapa lokasi, dengan orang ramai tidak melepaskan peluang untuk melihat sendiri keadaan langit ketika bulan menutupi matahari.

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press
Lebih seabad menanti fenomena ini

Gambar: Bernat Armangue – The Associated Press (atas & bawah).
Menurut National Geographic Institute (IGN) Sepanyol, gerhana matahari penuh tersebut merupakan yang pertama dapat dilihat dari Semenanjung Iberia dalam tempoh lebih satu abad.
Laluan totality merentasi Sepanyol dari arah barat ke timur, melalui beberapa bandar termasuk A Coruna, Oviedo, Leon, Bilbao, Zaragoza dan Valencia.
Laluan gerhana itu kemudiannya sampai ke Kepulauan Balearic, menjadikan beberapa kawasan di negara berkenaan lokasi tumpuan untuk peminat astronomi dan orang ramai yang mahu menyaksikan fenomena tersebut.
Orang ramai keluar menyaksikan gerhana

Gambar: Alberto Saiz – The Associated Press (atas & bawah)
Fenomena yang jarang berlaku itu menyaksikan pelbagai lokasi dipenuhi orang ramai yang mahu merakam detik apabila bulan berada di antara bumi dan matahari sehingga menyebabkan cahaya matahari terlindung sepenuhnya untuk tempoh tertentu.
Pemandangan langit yang berubah ketika berlakunya totality turut menjadi tarikan kepada jurugambar dan peminat astronomi.
Sebanyak sembilan keping foto yang dirakam oleh jurugambar The Associated Press (AP) bagi merakam suasana gerhana matahari penuh yang dapat disaksikan di Sepanyol dan Portugal.
Fenomena sebegini bukan sahaja menarik perhatian peminat astronomi, malah menjadi pengalaman istimewa buat mereka yang berpeluang menyaksikannya secara langsung.
Bagi penduduk dan pelancong yang berkumpul di sepanjang laluan totality, kesempatan melihat gerhana matahari penuh selepas penantian lebih satu abad pastinya menjadi satu kenangan yang sukar dilupakan.
Sumber: BERNAMA
Gambar: The Associated Press (1)
