Rakyat

Kluster Sivagangga: 5 Sekolah Ditutup, Kedah Laksana TEMCO

51
SHARES

BERNAMA TV telah melaporkan bahawa 5 buah sekolah di Kedah yang membabitkan daerah Kubang Pasu dan Padang Terap ditutup berkuat kuasa serta-merta bermula 2 Ogos hingga 29 Ogos depan dalam usaha menyekat penyebaran wabak COVID-19 yang berkait rapat dengan kluster Sivagangga.

Pejabat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dalam satu kenyataan malam tadi memaklumkan bahawa 5 buah sekolah itu ialah:

  • Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Hosba
  • SMK Megat Dewa
  • Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba
  • SK Megat Dewa di Kubang Pasu dan
  • SK Kubang Palas di Padang Terap

“Kesemua sekolah ini ditutup selama 28 hari yang melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut lagi, hasil mesyuarat diadakan hari ini, Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersasar / ‘Targetted Enhancement Movement Control Order’ (TEMCO) di 4 mukim yang terlibat iaitu:

  • Mukim Ah
  • Mukim Hosba
  • Mukim Binjal (Kubang Pasu)
  • Kampung Ulu Padang Sanai (Padang Terap).

“Ia melibatkan kawalan pergerakan orang awam pada radius satu kilometer daripada Restoran Nasi Kandar Salleh, Napoh yang terlibat,” katanya.

Foto Kredit: Melaka Tribun News

Dua pelajar sekolah rendah dikesan positif COVID-19

Dalam pada itu, dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun disahkan positif COVID-19 pada Ahad selepas mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di Kedah.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster tersebut juga merekodkan 11 kes pada Ahad dan semuanya melibatkan warganegara Malaysia.

“Semua pesakit telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk diasingkan dan menerima rawatan.

“Aktiviti pengesanan kontak rapat secara aktif giat dilaksanakan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) dan aktiviti pembersihan serta nyahkuman dilaksanakan di semua premis termasuklah sekolah yang terlibat dan rumah kes yang dikesan positif,” katanya.

Foto Kredit: The Rakyat Post

Pelaksanaan TEMCO di Kedah

Menurut laporan oleh Astro Awani, pelaksanaan TEMCO di Kedah adalah di kawasan yang melibatkan kawasan pergerakan orang ramai pada radius 1 kilometer daripada Restoren Nasi Kandar Salleh, Hosba.

Dalam perkembangan sama, pihak MKN negeri juga turut menetapkan guru yang tinggal di kawasan TEMCO tidak dibenarkan untuk hadir bertugas sama sekali.

Guru yang tinggal di luar kawasan TEMCO turut tidak dibenarkan untuk ke sekolah di kawasan TEMCO.

Sementara itu, kebenaran untuk melalui kawasan TEMCO hanya dibenarkan bagi guru yang tinggal dan mengajar di luar kawasan terbabit selain pihak yang terlibat dalam ‘essential services’.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×