Kegunaan Internet telah menjadi sebahagian daripada lumrah harian untuk mengajar, belajar dan berkolaborasi, maka Kuala Lumpur University Metropolitan College (KLMUC) telah menghubungi Pelayar Salam bagi membangunkan pengalaman web yang lebih produktif, beretika dan selamat untuk pengguna.
KLMUC Salam Browser TabArt Challenge adalah usaha untuk daripada para pelajar Faculty of Design & Creativity (FDC) di KLMUC bagi menghasilkan lebih daripada 100 rekabentuk asli untuk dihiaskan pada laman carian Pelayar Salam. Rekabentuk TabArt yang berwarna-warni telah dimuat naik ke Facebook dan selama dua minggu setengah, telah menarik undian daripada rakyat Malaysia dan antarabangsa.
Berbicara mengenai usaha ini, Professor Dr. Zuhaili Akmal Ismail, Dekan FDC Dean berkata, “Ini merupakan latihan dunia sebenar. Bakat rekabentuk tidak mencukupi untuk memenangi cabaran ini, pemenang harus mempromosikan rekabentuk kreatif mereka dengan aktif bagi karya mereka.”
Tiga pemenang utama dipilih bersama-sama dengan 10 pemenang saguhati yang menerima hadiah wang tunai berjumlah RM 3,000 untuk KLMUC Salam Browser Tab Art Challenge ini. Tarikan cabaran ini adalah peluang latihan amali berbayar dengan Pelayar Salam. Ia terbuka untuk pelajar-pelajar tahun akhir daripada FDC di mana mereka bukan sahaja perlu menampilkan bakat di dalam rekabentuk dan kreativiti, tetapi juga menerusi penceritaan di dalam temuramah bersama-sama panel pemilihan yang terdiri daripada wakil-wakil KLMUC dan Pelayan Salam.
Pelayar Salam merupakan pelayar baru yang unik yang mementingkan pengalaman pengguna, penggunaan beretika, peribadi dan selamat. Diketengahkan sejak Mei 2016, Pelayar Salam boleh didapati untuk PC Windows dan telefon mudah alih Android. Untuk melihat penyertaan para pemenang KLMUC Salam Browser Tab Art Challenge, sila layari: https://www.facebook.com/SalamBrowser/home.
Tentang ILMU Education Group (ILMU)
ILMU merupakan syarikat pemegang asset pendidikan untuk portfolio pelaburan Ekuinas. Ia merangkumi tujuh institusi di Malaysia dan Sri Lanka, menawarkan pembelajaran kepada lebih daripada 35,000 pelajar di 21 buah kampus. Institusi tersebut termasuklah:
Peringkat Tinggi: Asia Pacific University of Technology & Innovation (APU), UNITAR, Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC), Cosmopoint College, dan APIIT Sri Lanka.
K-12: Asia Pacific Schools (APS) terdiri daripada Asia Pacific Smart School (APSS) dan Asia Pacific International School (APIS), dan Tenby Schools.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ilmuedu.com.my
Facebook: www.facebook.com/ILMUedu
Twitter: www.twitter.com/ILMUedu
Instagram: www.instagram.com/ILMUedu
Tentang Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC)
Kuala Lumpur Metropolitan University College (KLMUC) adalah pusat pengajian tinggi dengan lima fakulti dan sebuah pusat yang menawarkan lebih daripada 45 program. Ditubuhkan sejak 2006, KLMUC kini menawarkan program Asasi, Diploma dan Ijazah Sarjana Muda. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.klmuc.edu.my.
Tentang Pelayar Salam
Pelayar Salam merupakan pelayar baru yang unik yang membolehkan anda menikmati laman web yang produktif, beretika dan selamat. Muat turun Pelayar Salam di www.salambrowser.com.
#SalamBrowser #AdabWeb