Hebahan

KIX HD Lancar Siri Realiti Baru “The Ultimate BROcation” Dibintangi SonaOne

10
SHARES

Ikuti pengembaraan empat selebriti lelaki terkenal dalam percutian lima episod yang menyeronokkan dan penuh gelak ketawa di destinasi percutian idaman setiap lelaki, Hong Kong

Kaum lelaki juga memerlukan masa untuk bebas sebentar daripada tuntutan hidup seharian dan menikmati percutian yang menyeronokkan bersama rakan lelaki yang lain. Akan datang bulan Disember ini, penonton akan dapat menyaksikan apa akan terjadi apabila sekumpulan kawan lelaki pergi bercuti bersama menerusi sebuah rancangan realiti terbaharu yang dibawakan oleh saluran aksi hiburan KIX HD, The Ultimate BROcation.

TheUltimateBROcationA1-Funny

Siri realiti sebanyak lima episod ini yang dibintangi SonaOne, artis hip hop dari Malaysia, menampilkan empat selebriti terkenal Asia Tenggara yang bertemu buat kali pertama dalam percutian yang direka khas untuk kaum lelaki di Hong Kong. Selain SonaOne, percutian ini disertai oleh bintang R&B / Pop dari Filipina, Billy Crawford; DJ dan hos televisyen berimej “nakal” dari Thailand, P.K.; dan chef handalan dari Singapura, Bjorn Shen. Keempat-empat selebriti ini telah menerima pelawaan percutian daripada bintang filem kung-fu terkenal dari Hong Kong, Philip Ng. Percutian mereka ditaja sepenuhnya dan direka khas untuk mereka mengalami sendiri pengalaman percutian yang unik dan istimewa di Hong Kong.

“Kami sangat teruja untuk bekerjasama dengan Hong Kong Tourism Board dan Endemol Shine Group untuk menghasilkan produksi asal KIX HD ini. The Ultimate BROcation adalah pengembaraan yang penuh dengan aksi menyeronokkan dan pastinya kaum lelaki akan teruja menontonnya dan penonton wanita akan terhibur dengan aksi lucu mereka. Dalam rancangan ini, empat lelaki yang tidak mengenali satu sama lain menjadi kawan rapat setelah meluangkan banyak masa bersama di negara asing. Saya yakin penonton akan terhibur dengan aksi sakat-menyakat di antara SonaOne, Billy, P.K., dan Bjorn kerana perangai “nakal” mereka dalam percutian ini sememangnya melucukan,” kata Andy Chang, Naib Presiden Kanan Penjualan Pengiklanan, Pemasaran dan Produksi Asal, Celestial Tiger Entertainment.

TheUltimateBROcationA1-COOL

Encik Simon Wong, Pengarah Serantau Hong Kong Tourism Board Asia Tenggara, berkata, “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan KIX HD dan Endemol Shine Group untuk produksi The Ultimate BROcation dan kami teruja dengan penyiaran siri ini. Kami percaya percutian keempat-empat selebriti lelaki yang menyeronokkan di Hong Kong ini akan memberi inspirasi kepada penonton untuk mengalami sendiri keunikan Hong Kong yang menawarkan pelbagai pilihan untuk membeli-belah, menjamu selera dan berhibur.”

“Memang agak gementar apabila kita bertemu seseorang yang kita tidak kenali. Lebih-lebih lagi apabila kita perlu pula pergi bercuti dengan tiga lelaki lain yang langsung tidak dikenali. Tapi saya seorang yang gemarkan cabaran dan saya memang berhasrat ingin bercuti di luar negara, jadi saya terus bersetuju!” kata SonaOne. “Saya bersyukur kerana kami semua memang bergaul dengan baik; saya dan Billy selalu berborak perihal muzik; P.K. pula seorang yang sofistikated tetapi selalu membuat lawak; dan Bjorn seorang yang ceria dan berani mencuba perkara baharu. Saya juga merasakan yang kami semua sukakan muzik dan setiap kali sesiapa membuat lawak, kami akan jadikannya sebuah lagu. Kami menjadi lebih rapat dengan cara “gila-gila” kami ini!”

the-ultimate-brocation_sonaone-sharing-a-laugh-with-the-emcee-during-the-press-gathering-in-kl-recently

Tambahnya, “Saya tidak menjangka Hong Kong adalah destinasi yang begitu sesuai bagi orang Islam. Terdapat pilihan membeli-belah, pemakanan dan aktiviti lain yang tidak berkesudahan, termasuklah hidangan makanan halal yang menarik. Saya juga berpeluang menikmati dimsum halal di restoran yang terkenal di Kowloon.”

Semasa sidang media rancangan ini, SonaOne berkongsi detik-detik menarik pengalamannya bercuti bersama selebriti-selebriti lelaki lain. Beliau berkongsi pengalaman-pengalaman yang tidak dapat dilupakan semasa melawat tempat-tempat menarik di Hong Kong. Antaranya, menyanyi dengan seorang makcik di Temple Street, berlumba untuk sampai ke The Peak, bermain “flyboard” di selatan pulau itu dan merasai pelbagai juadah enak Hong Kong.

the-ultimate-brocation_from-left-shirley-cheong-marketing-director-kix-hd-and-sonaone-2

Mungkinkah keempat-empat lelaki ini akhirnya menjadi kawan rapat atau adakah masing-masing akan menunjukkan ego mereka? Ketahui perangai sebenar keempat-empat selebriti lelaki ini apabila mereka tidak berada bersama teman wanita masing-masing dan pergi bercuti bersama kawan-kawan lelaki! Pastikan anda tidak ketinggalan tayangan perdana The Ultimate BROcation  pada 14 Disember jam 9 malam, hanya di KIX HD (Saluran Astro 729), dengan episod seterusnya setiap hari Rabu jam 9 malam.

The Ultimate BROcation diterbitkan oleh saluran hiburan aksi terkenal, KIX HD, dan Endemol Shine Group, sebuah syarikat produksi global yang telah menerbitkan rancangan terkenal dan pernah memenangi anugerah seperti MasterChef dan Big Brother. Rancangan ini disokong oleh Hong Kong Tourism Board, dengan penaja DJI, Cathay Pacific, Harbour Grand Hong Kong dan HotelsCombined.

the-ultimate-brocation_press-gathering-with-sonaone-2

 

 

Mengenai Celestial Tiger Entertainment

CELESTIAL TIGER ENTERTAINMENT (CTE) merupakan syarikat media bebas terkemuka yang berdedikasi untuk menghiburkan penonton di Asia dan di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.celestialtiger.com.

 

Mengenai Endemol Shine Group

Endemol Shine Group merupakan gergasi produksi global mencipta kandungan bertaraf dunia untuk semua platform. Sebagai pengeluar dan pengedar, Endemol Shine Group, terdiri daripada 120 buah syarikat dan lebih daripada 30 pasaran bagi mencipta kandungan yang menarik.

 

Mengenai Hong Kong Tourism Board

Hong Kong Tourism Board (HKTB) adalah badan kerajaan yang ditugaskan untuk mempromosikan Hong Kong sebagai destinasi percutian di seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila layari DiscoverHongKong.com.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×