Famili

KidzTechCentre Cyberjaya Tawar Program Cuti Sekolah Untuk Anak-Anak, Siap Boleh Belajar Robotik!

24
SHARES

Musim cuti sekolah telah tiba! Jadi apa plan mak ayah untuk anak-anak sempena cuti sekolah ketika ‘musim’ Covid ini? Mungkin ada yang merancang untuk berehat di rumah sahaja namun bagi anda yang nak keluar, inilah masanya untuk manfaatkan cuti sekolah dengan info menarik.

Bagi anda yang berada di Selangor, apa kata anda bawa anak-anak ke salag satu lokasi yang menarik iaitu KidzTechCentre di Cyberjaya. Apa yang lain dari yang lain adalah, di sini anda boleh dedahkan anak-anak dengan ilmu teknologi sains, teknologi dan kejuruteraan!

JOM BAWA ANAK KE KIDZTECHCENTRE NAK BELAJAR ROBOTIK!

KidzTechCentre adalah pusat pendidikan yang direka khas untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun bagi memenuhi keperluan untuk mengikuti trend pembelajaran STEAM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik) terkini. Apa yang menariknya, di sini anak-anak boleh belajar ilmu teknologi seperti basic programming, VR, 3D printing dan ilmu mengenai robotik!

Sempena cuti sekolah ini, Kidztechcentre ada program cuti sekolah dari 27 Mac – 4 April 2021. Khusus untuk kanak-kanak berumur 7-15 tahun. Boleh bawa anak-anak datang ke sini, tapi pastikan anda patuh kepada SOP yang telah ditetapkan ya!

Jadi boleh la bawah anak-anak belajar pasal robotik, buat eksperimen Sains dan banyak lagi. Klik di sini untuk daftar: http://shorturl.at/nsFJ3

Dekat mana KidzTechCentre ni? Lokasi KidzTechCentre ini adalah di Level 1, RekaScape, Cyberjaya. Waktu operasi pula adalah dari 9 pagi – 6 petang (Selasa – Ahad).

Untuk info lebih lanjut anda boleh ke laman web www.kidztechcentre.com supaya boleh dapat updates terkini!

Sumber: Cyberjaya Info, KidzTechCentre

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×