Sihat

Rupanya Banyak Khasiat Air Nasi / Air Rebusan Beras, Patutlah Jadi ‘Ubat’ Orang Dulu-dulu

1.5K
SHARES
cara buat air rebusan beras

KHASIAT AIR NASI – ‘Ubat’ Demam Orang Dulu-Dulu

Sesetengah orang memang biasa dengan ‘air nasi’ ni, tapi masih ramai antara kita yang tak pernah tahu khasiatnya.

Air rebusan nasi atau digelar ‘air nasi’ adalah berasal dari air rebusan beras putih yang separuh masak.

Mungkin petua ini agak normal bagi mereka yang selalu mengamalkan gaya hidup tradisional, namun bagi ibubapa yang lebih hidup dalam keadaan moden, anda akan berpendapat bahawa cara ini agak pelik.

Ia juga sering digunakan sebagai petua untuk merawat bayi demam, cirit-birit dan sebagainya.

Jom ketahui lebih lanjut tentang khasiat ‘air nasi’ yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi, iaitu salah seorang pegawai penyelidik prinsipal yang pernah berkhidmat di Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI).

Khasiat ‘Air Nasi’

Kalau sudah memang rakyat Malaysia, semestinya tidak boleh lari lagi dari makan nasi.

Beras ada pelbagai jenis antaranya beras perang, beras putih, beras basmathi dan lain-lain lagi.

Sebelum kita masak nasi menggunakan periuk nasi elektrik atau masak atas api, perkara utama yang perlu kita lakukan adalah basuh dahulu beras tersebut.

Ia bertujuan untuk membuang habuk pada beras tersebut.

khasiat air nasi

Tahukah anda, air rebusan nasi sebenarnya lebih berkhasiat berbanding nasi itu sendiri.

Ini kerana..

  1. Kajian menunjukkan air nasi beras perang kaya asid coumaric dan asid ferulik. Bahan-bahan ini bertindak sebagai antikanser, antidiabetes dan antioksidan.
  2. Bahan berkhasiat ini biasanya hadir dalam bentuk bebas dalam air nasi dan mudah diserap ke dalam darah.
  3. Air nasi yang dibuat menggunakan beras perang dan beras berwarna juga didapati lebih tinggi bahan antioksidan berbanding beras putih.
  4. Air nasi juga dapat membantu mengatasi masalah angin, sembelit atau cirit birit
  5. Selain itu, air nasi dapat menstabilkan suhu badan dan mengelakkan dehidrasi.
  6. Air nasi juga membantu menurunkan berat badan
    *Seeloknya diminum bersama madu asli

Perbezaan Air Nasi Dengan Bubur Nasi

Ada yang tanya, apa bezanya minum air nasi ni dengan makan bubur nasi?

Maklumlah, kalau nak ikutkan dua-dua pun air nasi juga kan?

cara buat air rebusan beras

Menurut Dr Suri, biasanya jika dah jadi bubur, sebahagian bahan khasiat dah diikat.

Jika dah jadi nasi, lagi banyak akan diikat. Jika bahan khasiat diikat, lagi lama nak diserap ke dalam tubuh.

Bahan khasiat air nasi biasanya diserap dalam 30 minit.

Berbanding nasi dan bubur dalam 5 hingga 24 jam. Itu pun tak banyak yang diserap.

Jadi, itulah sebabnya ‘air nasi’ ini berbeza dengan bubur nasi dan mempunyai khasiatnya yang tersendiri!

Cara Buat Air Rebusan Beras / Air Nasi

Bagaimana sebenarnya cara nak buat air nasi ni?

Jom kami kongsikan langkahnya di sini:

  1. Untuk membuat air rebusan beras, Anda perlu menyiapkan dua bahan utama, iaitu beras sebanyak dua senduk  dan 1 gelas kecil air.
  2. Sukatan air dan beras di atas hanya digunakan untuk satu atau dua kali minum.
  3. Seeloknya pilih beras yang berkualiti baik untuk membuat air nasi ini.
  4. Cara membuat air rebusan beras ini sama macam nak masak nasi. Pertama, cuci berasnya terlebih dahulu dan toskan.
  5. Tempatkan beras dalam periuk dan tambahkan air. Rebus hingga beras menjadi lembut. Kemudian, matikan api dan pisahkan nasi dengan air rebus dengan menggunakan penapis.
  6. Air nasi / air beras siap untuk diminum.

Mudah kan cara nak buatnya?

Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!

 

*Sumber asal: Facebook Dr SuriRoowi Ph.D KMN, Principal Scientist,

 

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×