Sihat

Bagus Untuk Air Ketuban, 7 Sebab Ibu Mengandung Kena Minum Air Kelapa

11.4K
SHARES

“Aduh, rasa letih je sejak mengandung ni. Betul ke orang kata banyak khasiat air kelapa untuk ibu hamil ye?”

Bila mengandung, dah tentu ramai yang lebih berhati-hati dan akan memilih makanan yang terbaik demi kesihatan ibu serta kandungan.

Kita selalu dengar pelbagai ‘keajaiban’ yang dikaitkan oleh air kelapa untuk ibu mengandung. Tapi, semua ni betul atau sekadar mitos?

Sebenarnya, ada beberapa kajian yang telah membuktikan khasiat air kelapa untuk ibu hamil. Namun, ada juga mitos yang tak benar.

Berikut adalah antara khasiat air kelapa untuk ibu mengandung yang patut anda tahu.

Khasiat Air Kelapa Untuk Ibu Mengandung

1. Melancarkan Penyingkiran Air Kencing

Air kelapa mengandungi pelbagai sumber mineral seperti potassium dan magnesium yang membantu melancarkan penyingkiran air kencing.

Ini dapat membantu ibu membersihkan saluran usus daripada toksin di samping menghalang pembentukan batu karang atau jangkitan dan seterusnya mengurangkan risiko bersalin pramatang.

2. Minuman Tenaga Semulajadi

Simptom mual, muntah, atau cirit-birit boleh menjadikan ibu mudah letih akibat dehidrasi.

Elektrolit semulajadi yang terkandung dalam air kelapa seperti sodium, kalsium, potasssium dan fosforus sedikit sebanyak dapat mengimbangi pH tubuh serta tekanan darah.

Secara tidak langsung, ia juga membantu mengembalikan tenaga dan fungsi pada otot.

Foto Kredit: 30secondmom.com

3. Menyejukkan Badan

Biasanya, ibu mengandung selalu terasa panas dan tak selesa sepanjang mengandung kan?

Dengan sifat sejuk yang dimiliki oleh air kelapa, ibu dapat berasa lebih segar dan mengawal rasa panas pada badan akibat perubahan hormon.

rasa panas ketika hamil

Foto Kredit: momjunction.com

4. Melegakan Pedih Ulu Hati, Sembelit & Masalah Pencernaan

Kaya dengan serat, air kelapa membantu ibu memerangi rasa pedih ulu hati, sembelit atau ketidakhadaman yang kerap berlaku akibat perubahan hormon dengan meneutralkan kandungan asid dalam perut.

5. Meningkatkan Imuniti

Kandungan vitamin, mineral serta antioksidan dalam air kelapa mampu meningkatkan kekuatan pertahanan badan secara semulajadi.

Asid laurik yang terkandung di dalam air kelapa turut terbukti membunuh bakteria dan jangkitan seperti flu di samping mengekalkan bakteria baik.

Isteri sakit demam panas

6. Mengekalkan Berat Badan Optimum

Air kelapa adalah rendah kalori dan lemak.

Air kelapa adalah minumam alternatif yang baik bagi menggantikan minuman manis kerana ia tidak mengandungi perasa atau pengawet tambahan.

Kandungan gulanya juga rendah, selamat diminum dan tidak menyebabkan diabetes gestasi.

minum air gula semasa hamil

Foto Kredit: expertbeacon.com

7. Bagus Untuk Air Ketuban

Menurut laman kesihatan Hello Doktor, meminum air kelapa membantu mengoptimumkan tahap air ketuban pada ibu mengandung.

Faktor ini secara tak langsung melancarkan isipadu darah ibu mengandung dan menyediakan persekitaran yang baik untuk bayi dalam kandungan.

Khasiat air kelapa untuk ibu hamil

Bukan Sekadar Sedap & Menyegarkan

Wah, nampaknya air kelapa bukan saja sedap dan selamat dinikmati ketika mengandung. Banyak betul khasiatnya untuk ibu serta bayi dalam kandungan.

Tapi, air kelapa bukanlah faktor penyebab anak menjadi putih gebu ya kerana itu semua adalah mitos dan tidak dibuktikan secara saintifik.

Apapun, pastikan anda menitikberatkan faktor kebersihan semasa membeli air kelapa dan mengamalkannya secara bersederhana. Beli yang pure dan bukan ditambah gula tau!

Jangan lupa dapatkan nasihat doktor sekiranya anda menghadapi sebarang masalah kesihatan sepanjang kehamilan.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×