Famili

‘Ketua Keluarga Terbesar Dunia’ Meninggal, Ada 38 Isteri, 89 Anak & 39 Cucu!

23
SHARES

Mungkin anda pernah terbaca di internet di mana lelaki yang dikenali sebagai Ziona Chana ini dipercayai memegang gelaran ‘Ketua Keluarga Terbesar di Dunia’. Semalam, media melaporkan dia telah telah meninggal dunia di Mizoram, India.

Lelaki berusia 76 tahun itu dikatakan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada Ahad, meninggalkan 38 orang isteri, 89 anak dan 36 orang cucu, lapor BBC.

Ziona Chana, pemimpin mazhab agama yang mengamalkan poligami itu dipercayai menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi.

TINGGALKAN 38 ISTERI, 89 ANAK DAN 39 CUCU

Gambar: BBC

Menurut BBC, keadaan lelaki itu semakin memburuk sebelum dikejarkan ke hospital pada petang Ahad lalu. Bagaimanapun, dia disahkan meninggal dunia sebaik sahaja tiba di sana. Mendiang sebelum ini pernah dilaporkan mempunyai 39 isteri, 94 anak, 33 cucu dan seorang cicit oleh akhbar tempatan. Angka itu sekaligus menjadikan jumlah ahli keluarganya seramai 181 orang.

Bagaimanapun, laporan Ziona memiliki keluarga terbesar dunia oleh media tempatan tidak dapat disahkan secara jelas kerana masih ada individu lain yang mendakwa pemegang gelaran tersebut.

Namun, keluarga tersebut tetap menjadi sensasi dan buah mulut penduduk tempatan termasuk para pelancong yang datang melawati kampung mereka di timur laut India bagi melihat sendiri rumah agam keluarga berkenaan.

Gambar: BBC

Keluarga besar itu dikatakan tinggal bersama di bangunan empat tingkat yang dipanggil “Chuuar Than Run” atau Rumah Generasi Baru yang memiliki 100 bilik.

Menurut BBC, isteri-isterinya dikatakan berkongsi asrama berhampiran bilik peribadi Chana. Lelaki itu dipercayai telah bertemu isteri pertamanya ketika dia berusia 17 tahun sementara wanita itu berusia tiga tahun lebih tua daripadanya.

Memetik Reuters, keluarga tersebut merupakan pengamal mazhab Kristian Chana Pawl yang mempunyai sekitar 2,000 pengikut. Mazhab yang membenarkan lelaki berpoligami itu telah diasaskan oleh datuk Ziona pada 1942, tambah BBC.

Sumber: BBC

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×