Didik

Ketahui 3 Kepentingan Tidur Awal Buat Si Manja, Ibubapa Perlu ‘Alert’!

280
SHARES

“Biarlah anak-anak main dulu, nanti letih tidurlah dorang tu..”

Ini mungkin menjadi kebiasaan dalam perbualan ibubapa. Katanya, tak payah susah-susah nak suruh anak tidur awal, biarlah anak bermain dahulu dan nanti bila mereka letih, mereka akan tidur dengan sendirinya. Sebenarnya, tak boleh macam tu. Ibubapa perlu tahu bahawa pentingnya tidur yang cukup mengikut masa yang ditetapkan untuk anak-anak. Tambah pula yang masih kecil dan akan membesar tu, lagi lah penting.

TIDUR VS MAIN, ANAK PILIH MANA?

http://sleepschool.me/

Semakin banyak kajian tekankan kepentingan tidur untuk anak. Tidur dah jadi sama penting dalam memastikan kesihatan yang baik seterusnya memberi impak positif kepada mental dan perkembangan fizikal anak. Pukul berapa anak perlu tidur? Seawal jam 9 malam, paling lambat jam 10 malam. KENAPA?

KENAPA TIDUR AWAL PENTING?

1) Menggalakkan pertumbuhan

www.popsugar.com

Banyak hormon penting dihasilkan semasa tidur. 1 kitaran tidur sebenarnya ada beberapa peringkat tidur. Peringkat yang paling penting untuk penghasilan hormon penting growth hormone ni berlaku semasa peringkat tidur “deep sleep” non -REM. Ini berlaku pada peringkat awal malam. Kalau kekurangan growth hormone ni boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut.

2) Boleh mempengaruhi berat

http://adenikematt.blogspot.my/

Tidur boleh bantu seimbangkan hormon ghrelin (rasa lapar) dan leptin (rasa kenyang).Bila tak cukup tidur, ghrelin naik, leptin turun. Kajian menunjukkan bila kanak kanak tak cukup tidur, mereka lebih craving kepada makanan yang tinggi lemak dan tinggi karbohidrat.

Kajian survey Malaysia (NHMS) yang terbaru tunjukkan 1 daripada 5 kanak kanak umur 6 bulan – 12 tahun ada masalah OVERWEIGHT dan OBESITI. Cuba check balik, malam malam cuti sekolah ni kita bawak anak masuk bilik tidur ke jenjalan bawak anak dinner kat luar malam malam?

3)Bantu boost immuniti dan fokus

http://www.dailymail.co.uk/

Tidur boleh hasilkan cytokines, protein yang badan perlukan untuk lawan jangkitan kuman, penyakit dan stress. Kanak kanak bawah 3 tahun yang kurang tidur <10 jam semalam selama 3 kali lebih berpotensi ada masalah hiperaktif. Ni bukan saya cakap tau. Ni kajian yang proven. Jom pastikan anak tidur awal tiap tiap malam.

giphy.com

*Oleh itu, amat penting sebenarnya untuk anda memastikan anak-anak mendapatkan tidur yang cukup. Hal ini kerana, dengan mendapatkan tidur yang cukup, mereka akan menjadi lebih sihat dan lebih fokus dalam pelajaran!

Sumber: Hazirah Ali Via Resipi Makanan Bayi Sihat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×