Famili

Ibu Tidur Lewat Walaupun Penat Sebab Cuma Itu ‘Masa’ Yang Ada Untuk Dirinya

134K
SHARES
kesan tidur lewat

“Penatnya rasa, hari ni nak tidur awallah….”

Tup-tup ibu masih scroll handphone jam 1 pagi dan tak tidur lagi.

Esoknya mulalah rasa bersalah dan janji nak tidur awal, tapi susahnya nak tidur awal bila anak-anak dan suami dah tidur!

Walaupun dah sedia berbaring di katil, mata ni asyik ‘melawan’ nak buat macam-macam. Rasa macam familiar tak dengan situasi ni?

Ini antara sebab ibu selalu tidur lewat walaupun badan dah letih dan penat lepas seharian bekerja dan mengurus anak-anak.

5 Sebab Ibu Tidur Lewat Dan Berjaga Malam Bila Semua Orang Dah Tidur

1. Ia Masa Yang Sangat ‘Berharga’

Dari awal celik mata, ibu dah bangun uruskan anak-anak ke sekolah, buat sarapan, dan jaga anak kecil.

Seterusnya ambil anak balik sekolah, sediakan makan tengahari dan makan malam, tengokkan kerja sekolah mereka, mencuci, mengemas dan banyak lagilah.

Kerja rumah tak pernah habis, dan ibu-ibu juga jarang dapat berehat apatah lagi dalam keadaan yang tak diganggu oleh sesiapa.

Jadi, walaupun letih ibu tetap rasa nak berjaga malam terutamanya lepas anak-anak dah tidur sebab inilah masa yang sangat ‘berharga’ yang ibu-ibu harapkan.

2. Banyak Benda Nak Kena ‘Check’

Baju sekolah anak dah gosok? Buku sekolah anak dah susun? Ada lagi kerja sekolah anak yang tertinggal? Apa yang dia belajar tadi? Makanan atas dapur dah simpan? Suis dah tutup?

Ada ibu yang dah tertidur tapi akan tetap bangun semula sebab nak periksa macam-macam perkara untuk esok. Selagi tak ‘check’, rasa tak boleh tidur dengan aman.

Ramai juga yang akan sambung mengemas dan bersihkan apabyang patut supaya dapat bangun dengan ceria bila tengok rumah tersusun elok esok pagi.

3. Rasa Macam ‘Percutian’ Sebenar

Bila kita ada masa untuk diri sendiri, mesti rasa seronok sebab kita boleh buat apa-apa yang kita suka – tanpa risau anak tengok, tak payah nak ‘cover’ kalau makan coklat, boleh mandi air panas lama-lama, layan drama Korea atau membaca buku ‘favourite’ kita tanpa dirampas anak kecil.

Biasalah bila dah anak ni, ibu sentiasa sibuk uruskan orang lain. Orang lain kerja, kita kerja. Tapi bila orang lain cuti, biasanya kita makin banyak kerja.

Jadi waktu malam beginilah waktu ‘free’ yang kita ada. Waktu inilah waktu yang dirasakan macam percutian sebenar!

Banyakkan membaca buku & menimba ilmu

4. Bebas Jadi Diri Sendiri

Bagi surirumah biasanya kita memang 24 jam berada di rumah. Kalau keluar pun cuma ambil anak dan hantar anak ke sekolah. Bila ke kedai biasanya cuma cari barang anak dan jarang dapat berlama-lama sebab anak-anak dah mula meragam.

Waktu nilah ibu-ibu boleh rancang menu masakan esok, plan cuti-cuti dengan keluarga, fikir pasal masalah anak, atau apa sajalah. Boleh Google tengok macam-macam idea dari internet.

Masa ini juga masa yang terbaik untuk ibu berkreatif dan rasa terinspirasi nak cuba macam-macam idea yang dah ‘save’ dari Facebook.

kesan tidur lewat

5. Ia Masa Untuk Berfikir & Refleksi Diri

Waktu sunyi beginilah ibu-ibu selalunya dapat idea untuk berfikir dan refleksi diri.

Sebab waktu malam yang aman inilah ibu dapat buat keputusan yang lebih baik. Ibu dapat recharge, kosongkan minda dan luruskan segala sendi.

Ramai juga ibu yang akan gunakan masa ini untuk beribadah, berdoa dan mengadu pada Yang Esa. Waktu malam yang tenang ketika semua sedang dibuai mimpi. Ibu juga pasti akan titipkan doa yang terbaik buat anak-anak dan suami.

Foto Kredit : islamhouse.muslimthaipost.com

Walaupun Mengantuk Sangat Tadi, Tiba-tiba Rasa Segar Bila Sendiri

Waktu malam yang sedikit ni cukup untuk ibu ‘mencari’ diri sendiri. Walaupun punyalah mengantuk bila dah bergelut suruh anak-anak tidur tadi, tapi mata ni secara automatik akan rasa segar bila dapat bersendiri.

Ibu sanggup korbankan masa tidur sebab ibu perlu masa untuk menghargai dan memanjakan diri.

Walaupun kita tahu kita mungkin akan rasa mengantuk bila bangun esok, tapi kita tetap nak tidur lewat sebab kita rasa bebas jadi diri sendiri.

Barulah rasa seronok dan ceria nak uruskan anak-anak esok. Malah lebih bertenaga dan mudah sebab dah ada perancangan hari sebelumnya.

Ada ibu yang macam ni juga tak?

Most Popular

To Top