Menderma darah merupakan amalan yang digalakkan kepada masyarakat. Hal ini kerana, setiap beg darah yang didermakan mungkin boleh menyelamatkan nyawa banyak orang yang lebih memerluka mengikut kepada kategori jenis darah.
Namun begitu, sering kali kita dengar percakapan orang bahawa menderma darah boleh menyebabkan berat badan bertambah atau kegemukan. Hal ini sedikit banyak mengundang perasaan ragu-ragu bagi individu yang berniat menyumbangkan darah mereka. Betul ke?
Baca juga: Betul Ke Minum Air Sejuk Menggemukkan? Ini Jawapan Pakar
DERMA DARAH SEBENARNYA BOLEH BAKAR KALORI!
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui laman Twitter rasmi menyangkal mitos yang telah sekian lama berlegar dalam masyarakat kita, pada masa yang sama menyeru orang ramai untuk menderma darah buat Keluarga Malaysia.
Menurut KKM, derma darah sebenarnya tidak menyebabkan kegemukan, malah sebaliknya mampu membakar sehingga 650 kalori dalam badan penderma. Pun begitu, derma darah tidak semestinya cara yang wajar digunakan untuk menguruskan badan.
Selain dapat membakar kalori, individu yang menderma darah di Pusat Darah Negara (PDN) atau mana-mana hospital kerajaan layak mendapat keistimewaan termasuk rawatan pesakit luar, rawatan perubatan dan perkhidmatan wad kelas kedua secara percuma, mengikut kekerapan menderma.
Derma darah boleh menggemukkan adalah mitos.
1. Faktanya ialah derma darah boleh membakar sehingga 650 kalori.
2. Tetapi tidak bermakna derma darah adalah cara menguruskan badan.
3. Jadilah hero yang boleh menyelamatkan nyawa #keluargamalaysia yang lain dengan derma darah
*Apa lagi? Jom derma darah boleh bakar kalori tu!
Sumber: KKM