Famili

‘Perlu Dapatkan Bantuan Lepas Cubaan Kali Kedua, Bukannya Cuba 10 Kali’ – Dr Lee Boon Chye

22.8K
SHARES

Beberapa hari yang lalu telah viral sebuah gambar dan keluhan ibu akibat kesan tangan bayi baru lahir yang menunjukkan kira-kira 10 kesan cucukan jarum. Kesan cucukan tersebut didakwa dilakukan oleh doktor pelatih semasa ingin mengambil darah.

Berikutan insiden tersebut, ramai yang berasa kasihan dan kurang senang dengan doktor tersebut, malah ada yang turut melahirkan rasa kecewa serta berkongsikan pengalaman yang serupa dengan ibu tersebut.

cucuk tangan bayi

Perlu Dapatkan Bantuan Selepas Cubaan Kali Kedua

Mengulas isu ini, Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye menerusi Bernama menegaskan bahawa doktor atau jururawat yang tidak menjumpai saluran darah pada bayi untuk memasukkan jarum atau pengambilan darah perlu mendapatkan bantuan orang lain atau yang lebih senior.

Menurut beliau, tidak dinafikan adalah sukar untuk mencari saluran darah bayi menggunakan jarum kerana ia kecil namun terdapat amalan ditetapkan berhubung perkara itu.

“Jika tidak menjumpai saluran pada bayi untuk memasukkan jarum ketika rawatan perlu dapatkan bantuan orang lain atau mereka yang lebih senior dan bukannya cuba sehingga 10 kali.

“Sekiranya cubaan kali kedua tidak berjaya, mereka tidak boleh cuba mencucuk jarum untuk kali ketiga,” kata beliau ketika merasmikan Sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 di Kinta River Walk hari ini, 1 Disember 2019.

Cara mandi nifas

KKM Akan Membuat Siasatan Lebih Lanjut

Menjelas lanjut, Dr Lee berkata Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menyiasat dakwaan tersebut.

Menurut ulasan daripada Facebook Page Public Health Malaysia, setiap orang
mempunyai hak mutlak untuk mempersoalkan indikasi prosedur dilakukan.

Memetik penerangan daripada page tersebut, seperti yang dijelaskan oleh Dr Lee Boon Chye, secara amnya seseorang individu boleh mencuba sehingga 2 kali percubaan. Setelah gagal, doktor tersebut perlu BERHENTI melakukan prosedur tersebut dan meminta individu yang lebih berpengalaman untuk melakukan prosedur tersebut.

Dengan izin pesakit / ibu bapa , percubaan untuk memasukkan jarum/ mengambil darah boleh dilakukan sehingga 4 kali percubaan.

Selepas gagal, prosedur perlu dihentikan dan perbincangan lanjut perlu dilakukan dengan pasukan perawat atau pakar mengenai kaedah lain yang boleh digunakan.

Walaubagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada keadaan pesakit. Dalam keadaan kritikal dan kecemasan, keutamaan adalah untuk menyelamatkan pesakit.

Selain itu, lebam dan parut merupakan antara komplikasi ringan yang boleh berlaku. Untuk mengurangkan kesan tersebut, tekan tempat yang disuntik untuk beberapa minit & tuam dengan ais batu.

Jadi ibu jangan risau kalau anak-anak perlu diambil darah selepas ini ya. Tentunya KKM mengambil serius terhadap perkara ini.

Sementara itu, orang awam juga diharapkan dapat menyalurkan sebarang aduan melalui saluran yang betul kepada pihak hospital secara formal supaya tindakan selanjutnya dapat diambil.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×