Hebahan

Kes Dera Anak Asuhan Sehingga Mati, Pasangan Suami Isteri Direman 7 Hari

52
SHARES

Sejak kebelakangan ini, negara kita sering digemparkan dengan banyak kes yang membabitkan penderaan kanak-kanak. Terbaharu pada Ahad lepas, pasangan suami ini didapati mendera anak asuhan berusia 4 tahun sehingga mati. Lebih menyayat hati dan mengejutkan orang ramai adalah, punca kematian adalah kerana kecederaan intra abdomen akibat hentakan objek tumpul serta terdapat kira-kira 41 kesan kecederaan baru dan lama di tubuh mangsa.

DIREMAN 7 HARI BERMULA HARI INI

Pasangan suami isteri yang disyaki terbabit dalam kejadian dera sehingga menyebabkan seorang daripada anak asuhan mereka meninggal dunia Ahad lalu, direman tujuh hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli, ketika mengesahkan perkara itu berkata, pihaknya giat mengesan bapa pasangan kembar yang didera suspek.

Katanya, ibu kanak-kanak kembar itu datang sendiri ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan petang semalam dengan membawa pasangan kembar mangsa. Bukan itu sahaja, siasatan mendapati suspek lelaki berusia 36 tahun itu adalah seorang sukarelawan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

DISYAKI TERLIBAT DALAM BANYAK LAGI KES

Terdahulu, perintah reman terhadap pasangan suami isteri yang disyaki turut mendera anak kandung suspek wanita itu iaitu kanak-kanak lelaki berusia lima dan lapan tahun, dikeluarkan oleh Majistret Muhammad Azzam Zainal Abidin bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek lelaki dilihat memakai baju T putih dan berseluar sukan hitam, manakala suspek wanita berpakaian lokap warna jingga. Pasangan suami isteri itu ditahan polis selepas dipercayai terbabit dalam kematian seorang kanak-kanak berusia empat tahun yang berada bawah jagaan mereka, Ahad lalu. Mereka turut disyaki mendera dua anak suspek wanita berusia lima dan lapan tahun dan seorang lagi anak asuhan berusia empat tahun yang juga kembar mangsa yang meninggal dunia.

Sumber : Berita Harian

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×