Didik

Ekoran Kertas Bocor UPSR 2014, Abang Ini Luah Perasaan Di Facebook!

2
SHARES
Ekoran Kertas Bocor UPSR 2014, Abang Ini Luah Perasaan Di Facebook!

Kertas Bocor UPSR 2014

Berikut ialah luahan perasaan Nazmi Shaharani di Facebook tanpa suntingan seperti yang terdapat di sini. Baca dahulu dan kongsikan dengan kami pendapat anda di ruangan komen.

Ekoran Kertas Bocor UPSR 2014, Abang Ini Luah Perasaan Di Facebook!

Foto Kredit: Facebook Zaimi Shaharani

Nak meluahkan rasa sikit. Kat sini… yg mungkin x de sape hirau.
Sejak peristiwa kebocoran soalan UPSR beberapa mig lalu, aku sebenarnya rasa sedih. Tak tau kenapa… tp aku amat terasa dgn apa yg berlaku skrg.
Semuanya mengenai PROFESION PERGURUAN.

Aku yakin semua rakyat Malaysia setiap hari dihadapkan dgn berita di akhbar, televsion, radio dan tak cukup dengan itu… dgn hebahan berita melalu media lain spt WhatsApp, LINE, WeChat dll… semuanya menceritakan 2 lagi CIKGU di TANGKAP… 3 lagi CIKU di TANGKAP… ditujukkan di media polis mengheret guru ke hulu ke hilir dgn memakai baju cap PENJARA.

Persoalan:
HINAKAH CIKGU sehingga KAU perlakukan bergitu???
PERLUKAH KAU highlight kan di Media atas kesalah yg sebenarnya tidak mendatangkan apa2 keuntungan pun pd seorang GURU itu????
TIDAKKAH KAU rasa apa perasaan 500 ribu GURU yg lain???

Semua kesalahan dilemparkan kepada CIKGU.
Semua mempersoalkan kredibiliti seorang CIKGU.
Semua ckp “TAK ADA KEJA LAIN, SEBAB ITU PILIH JD CIKGU,
Semua ckp “CIKGU SENANG: GAJI BANYAK SIKIT.

TIDAKKAH KAU tau berterima kasih kpd CIKGU yg mencurahkan ilmu kpd seorang manusia yg jahil?
TIDAKKAH KAU nampak betapa hatinya REMUK di sebabkan tindakan MURID, IBUBAPA, PIHAK PENTADBIR, PIHAK ATASAN?
TIDAKKAH KAU tahu bagaimana DIA merawat hatinya setiap hari?

Siapa yg buat garis di padang sekolah guna minyak hitam? CIKGU
Siapa yg berjaga sampai tengah malam menanda buku? CIKGU
Siapa yg batalkan bercuti cuti sekolah sbb nak buat kelas tambahan? CIKGU
Siapa yg hantar budak sakit ke Hospital? CIKGU
Siapa yg latih budak sukan sampai 7 ptg? CIKGU
Siapa yg belanja budak makan dan minum? CIKGU
Siapa yg potostat bahan sendiri utk pelajar? CIKGU
Siapa yg tolong jelaskan bayar buku tambahan yg budak tak mampu bayar? CIKGU

SEMUANYA CIKGU…

Kerani… Driver… PAR pun dapat baju, seluar dan kasut percuma dari kerajaan…
tp cikgu??? Nak beli baju rumah sukan SENDIRI… Nak beli baju badan uniform SENDIRI… Nak beli seluar kerja SENDIRI… Nak beli kasut kerja SENDIRI…
CUTI SETAHUN PUN CUMA 7 HARI…

APA LAGI YG ANDA MAHU DARI GURU???

Yang MENDIDIK dari pagi hingga ke petang….
Sebenarnya CIKGU sanggup korbankan NYAWA utk semuannya…
Siapa yg MAMPU menjadi CIKGU???

Atas kesalahan yg kecil menjadi punca CIKGU di COP sbg SEORANG yang tidak BERINTEGRITI…
DI HEBAH DI MEDIA2 KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN GURU DITANGKAP!
ORANG YG DI ATAS YG DIHARAP MENJADI PENJAGA MARUAH GURU JUGA LANTANG MENYALAH DAN MENGHINA GURU…
ADA YANG MEMPERJUANGKAN HAK GURU???

apa yg tinggal pada GURU???

BAHAN HINAAN???
BAHAN CACIAN???
BAHAN MAKIAN???
BAHAN KETAWA???

Ingatlah… GURU itu PELITA…
Yang menyuluh dalam kegelapan…
Aku yakin dan pasti… walau sehebat mana pun anda, anda tidak mampu menjadi seorang GURU.

Sedih bila dengar luahan seperti ini kerana sedikit sebanyak ada kebenarannya. Kami berasakan, semua yang bergelar guru pasti terasa impaknya. Untuk ibu-bapa pula, terasa seperti tidak adil kerana anak mereka yang jujur dalam pelajaran terpaksa mengulang peperiksaan UPSR kerana sifat jijik segelintir manusia.

Apa-apa pun, kami harap bagi yang berada dalam profesion guru tidak ambil hati. Teruskan usaha murni anda mendidik anak bangsa. Buat adik-adik yang bakal menduduki UPSR 2014 sekali lagi, selamat berjaya!

Berikut ialah jadual waktu peperiksaan yang baru:

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2014

Jadual waktu peperiksaan UPSR 2014

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×