Rakyat

Keputusan SPM 2018 Bakal Diumum 14 Mac Ini – KPM

573
SHARES

Mesti ramai yang tertanya-tanya bila agaknya result SPM akan keluar tahun ini kan?

Menerusi kenyataan rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia sebentar tadi, keputusan SPM 2018 akan diumumkan pada hari Khamis, 14 Mac 2019.

Menurut kenyataan tersebut, calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan mereka di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Calon persendirian pula boleh mendapatkan keputusan melalui pos atau menerusi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka mendaftar untuk menduduki peperiksaan SPM tempoh hari.

Semakan Laman Web & SMS

Untuk memudahkan urusan, calon juga boleh menyemak keputusan menerusi mySMS 15888 mulai 10 pagi 14 Mac hingga 20 Mac 2019.

Selain itu, anda juga boleh menyemak menerusi laman web Lembaga Peperiksaan di sppat.moe.gov.my/semakan.

Foto Kredit: NSTP, STR/Owee Ah Chun.

Selamat Berjaya!

Mesti nervous kan?

Apapun, selamat berjaya kami ucapkan kepada semua calon SPM 2018.

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×