Didik

‘Jangan Pandang Rendah Aktiviti Menyalin, Besar Manfaatnya Buat Murid’ – Pengetua Cemerlang

226
SHARES
kepentingan menyalin menulis

Jangan Meremehkan Aktiviti Menyalin

(Nasihat Kepada Semua Murid)

1. JANGAN pandang rendah aktiviti menyalin. Aktiviti menyalin menjadi aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas.

2. Aktiviti ini melibatkan perbuatan menyalin dari tulisan guru di papan putih ke buku tulis milik anda,menyalin dari buku teks atau sumber lain ke buku nota milik anda.

3. Ramai yang menyangka aktiviti menyalin hanya sesuai untuk murid-murid tertentu.Murid-murid yang pandai kononnya tidak sesuai untuk menyalin. Pendapat seperti itu salah, sayang!

4. Aktiviti menyalin yang dilihat mudah sebenarnya menjadi aktiviti MENULIS yang paling besar manfaatnya kepada setiap murid.

5. Aktiviti menyalin bukan sahaja menjadi kaedah memindahkan ilmu yang asalnya milik orang lain menjadi milik kita.

6.Aktiviti menyalin apabila kerap dilakukan menjadi satu latihan melatih jari jemari tangan untuk membentuk kebiasaan menyalin.

7.Lebih kerap aktiviti menyalin ini dilakukan akhirnya akan membentuk kelaziman dan akhirnya timbul rasa seronok untuk menulis.

8.Sebaliknya, jika anda tidak membiasakan diri untuk menyalin,atau tidak memaksakan diri untuk menyalin anda akan terperangkap dalam perasaan jemu, malas dan bosan untuk menyalin.

9.Dalam maksud yang lebih luas, anda akhirnya akan rasa malas untuk MENULIS.

10.Kebiasaan MENULIS sepatutnya terbentuk lebih awal dalam kalangan murid.Sangat buruk kesannya jika sampai Tingkatan 4 murid kita masih bermalas-malas untuk menulis.

11.Lebih buruk lagi jika kerja menyalin sebagai aktiviti menulis yang paling mudah dan paling asas pun tidak dibuat bersungguh-sungguh atau cuba dihindari.

12.Begitu juga sikap menghantar kertas jawapan kosong atau hanya menyalin sebahagian dan sebahagian lain dibiarkan, menjadi tabiat yang tidak baik dan kesannya begitu buruk kepada hasil peperiksaan nanti.

13.Bukankah peperiksaan itu melibatkan aktiviti menulis.Aktiviti yang menjadi fokus anda semasa peperiksaan adalah menulis.Anda menulis jawapan anda di atas kertas jawapan.

14.Jawapan anda yang dizahirkan dalam bentuk tulisan itulah yang diperiksa dan menjadi jaminan sama ada anda akan mendapat markah yang baik atau sebaliknya.

15.Sebelum anda berjaya menulis dalam peperiksaan, anda terlebih dahulu kena menulis nota, menulis karangan, menulis ayat dan menulis jawapan untuk soalan latihan yang diberi oleh guru.

16.Sebelum semua itu berlaku, anda tidak ada pilihan lain selain membiasakan diri untuk menyalin, ya MENYALIN nota yang diberi oleh guru sebab itu aktiviti menulis yang paling asas. Mulakan sekarang!

Tamat.

Oleh Abd Bashid Bin Harun
Pengetua Cemerlang

*Sumber: Abd Bashid Bin Harun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×