Famili

“Pentingnya Self Love Untuk Isteri”- Bila Isteri Tak Stress, Suami Pun ‘Bebas’ Dari Bebelan

74
SHARES

Waktu siang bekerja, balik kerja perlu melayan kerenah anak-anak dan melengkapkan keperluan suami pula. Setiap hari, perkara yang sama sahaja dilakukan oleh si isteri. Mana tidak stress!

Inilah situasi dimana si suami memainkan peranan yang penting untuk membahagikan hal rumah dan penjagaan anak bersama si isteri. Kata orang, bila si isteri gembira anak-anak dan suami pun akan turut gembira. Jadi, penting untuk si suami membiarkan isteri untuk mempunyai ‘me time’ pada waktu-waktu tertentu. Barulah si isteri kurang stress dan kurang membebel!

Masa jaga stress, masa tidur pun stress

Mulanya tak faham tengok isteri stress masa anak dah tidur. Ingatkan bila anak dah tidur dia lega dan happy, rupanya tidak. Masuk bilik buka pintu biasa la ada bunyi sikit. Tak semena mena kena sound, “buka pintu tu slow sikit nanti anak bangun”.

Masa tengah teman dia lipat baju tiba-tiba dia suruh, “abg g tengok anak kejap, macam bunyi suara aisy”. Padahal kita tak dengar pape pun. Selagi mata tak lelap selagi tu duk stress je mak mak ni ye. Lama juga saya perhati, sekarang baru faham kenapa boleh jadi stress.

Rupanya isteri kurang ‘Self Love’

Rupanya isteri saya ni kurang Self Love. Dia tak buat aktiviti yang dia suka, dia kurang masa Me-Time dan kurang buat Self Care. Patut la! Bila setiap hari dengan rutin yang sama, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur, pergi kerja balik rumah jaga anak tidur. Selama bertahun-tahun buat benda yang sama, sampai satu saat dia lupa terus tentang diri sendiri, yang duk dalam kepala hanya anak kerja, anak kerja.

Setiap hari buat benda yang sama, otak pun boleh jadi sempit tau! Itu yang sampai boleh terbayang bayang dalam minda anak menangis padahal anak tengah lena di buai mimpi sampai meleleh air liur. Alhamdulillah, sekarang dah tak stress nampaknya..

Semenjak saya bagi isteri saya ikut Girl Fitness Club, hari demi hari saya nampak perubahan. Semakin hari semakin kurang stress, kalau setakat anak menangis ni dia boleh senyum lagi la. Sehari sejam, seminggu 1-2 kali. Tak lama pun, dia pergi buat apa yang dia suka, saya buat apa yang dia perlukan. Saya jaga anak kat rumah.

Dah tak ada lagi dia cakap abg jangan bising, abg tengok anak, abg buat itu ini. Sekarang semua dia buat sendiri. Anak terjaga tengah tengah malam pun dia boleh cool lagi. Hebat sungguh Self Love ni ye.

Betullah apa orang kata, “we get what we deserve”. Kita layak di sayangi dan di hargai hanya apabila kita sendiri boleh memberi orang sekeliling rasa di sayangi dan rasa di hargai. Self Love setiap orang berbeza. Ada yang suka shopping, ada yang suka tengok drama, ada juga yang suka tidur. Bagi peluang kat isteri cari kegembiraan dia, percayalah bila dia dah jumpa kalian akan jadi orang yang paling gembira dan bersyukur.

Wallahu A’lam,

Mohd Fhais- Isteri happy, anak happy, suami pun turut happy.

Sumber: Mohd Fhais

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×