Famili

“Dulu Boleh Marah Berjam-Jam”- Wanita Ini Kongsi Cara Kurangkan Panas Baran Yang Luar Biasa!

49
SHARES

Mempunyai tahap panas baran yang tinggi semestinya menjadi kerisauan buat sesiapa sahaja. Pantang ditanya, asyik nak mengamuk sahaja. Mana tidaknya, pantang ditanya atau diusik sedikit pasti akan ‘meletup’. Tetapi, mempunyai tahap panas baran yang tinggi sebenarnya dapat membahayakan diri sendiri kerana boleh menyebabkan datangnya penyakit murung. Bukan itu sahaja, sesebuah institusi kekeluargaan pun pastinya akan bergolak.

Oleh itu, ibu ini berkongsikan tips untuk mengurangkan panas baran seperti apa yang dialami oleh dirinya sendiri. Dari boleh marah berjam-jam, dah kurang naik angin dah sekarang.

“Orang tanya saya, macam mana saya control baran”

Ya, dulu saya baran. Luar biasa juga. Tanyalah suami saya, tuan Akmal. Benda kecil pun saya mudah berang. Awal perkahwinan dulu saya pernah tanya suami saya, angkat baju tak? Masa tu dah maghrib. Suami saya jawab tak, sebab saya tak pesan.

Terus saya menengking, saya kata habis semua benda saya kena buat sendirilah? Serius keluar suara lelaki masa tu. Sambil angkat baju, saya mendengus kuat sambil muka menyinga. Campak kasar baju-baju ke katil. Kemudian, apa yang jadi lepas tu saya akan mudah berang. Kalau anak buat perangai, memang kenalah dengan saya. Kalau memukul, boleh berbirat dibuatnya.

Marahnya bersambung-sambung. Kalau boleh nampak dosa, agaknya berbakul-bakul penuh. Bila saya decide nak lawan balik #depression dan #anxiety, saya kena buang semua benda-benda negatif termasuklah sikap baran.

Tuan Akmal nampak progress saya cuba buang sikap marah. Dari memukul, saya mula berhenti memukul. Dari menengking, saya mula rendahkan tone suara. Dari marah-marah, saya mula senyap. Dari marah berjam-jam, saya mula marah dalam tempoh sekejap. Dari marah bersambung-sambung, saya mula marah masa tu saja.

RAHSIA CONTROL BARAN

Ya, tak mudah. Ianya proses yang lama. Bertahun-tahun. Jadi, apa rahsianya?

Tak ada rahsia.

1. Saya banyak membaca dan cari ilmu terutama sekali bab parenting. Sebab life saya surirumah, 24 jam dengan anak. Saya mesti tackle punca utama buat saya stress. Bila ada ilmu, baru saya faham kenapa anak tantrum, kenapa anak meragam, kenapa anak beremosi.

2. Saya jaga makan. Saya perasan, bila saya eat clean dan makan dalam portion yang sedikit, emosi saya semakin baik. Bila saya follow penulisan doktor-doktor di Facebook, fahamlah saya. Makanan memang berkait rapat dengan emosi, terutama sekali kalau pengambilan gula dan tepung yang berlebihan. Jadi saya mula kurang makan makanan manis. Percaya tak, dulu sentiasa standby stok kek SR dalam peti.

3. Setiap malam, saya selalu minta maaf pada suami dan anak-anak. Saya sedar, jadi ibu bukan tanda saya ada kuasa veto untuk control anak. Saya sedar, saya bukan isteri yang sempurna buat suami saya. Amalan meminta maaf buat saya turunkan ego, lama-lama ego akan lenyap.

4. Saya mula memeluk dan mencium anak. Dulu, Mawar sangat takut pada saya. Sekarang, kalau Mawar nak ke sekolah mesti dia dapatkan saya dulu. Peluk dan cium tangan. Pergi kedai pun nak salam.

5. Saya mula ambil insiatif “pejam mata” bila anak buat silap. Contoh macam dalam gambar ini, Muawwiz nak tutup botol mineral sendiri. Yalah, dah 2 tahun ni semua benda dia nak buat sendiri. Saya cakap “okaylah, Awiz tutup sendiri.”

Tak lama lepas tu Muawwiz datang cakap minta maaf. Saya tanya kenapa? Dia tunjuk air tumpah. Yeee memang menyirap juga dibuatnya. Saya tarik nafas, saya jawab pergilah ambil kain di dapur. Boleh lap. (tanpa marah-marah)

Berlari anak Muawwiz ke dapur, ambil kain lap tangan terus lap air atas lantai. Kain lap tangan? Ya Allahhhh… Saya senyum jeee. Dah selesai lap Muawwiz kata dah mami. Saya kata okay pergi letak kain di singki dengan nada lembut. Kemudian saya puji, saya cakap bersih lantai ni, macam baru lepas mop.

Tak lama lepas tu, saya pula tertumpahkan air. Terus Muawwiz bersuara “tak apa mami, air boleh lap. Nanti pergi ambil kain” bersahaja saja dia bersuara, sama macam saya tegur dia sebelum ini. Sayu pulak hati ni bila anak tegur kita. Anak memang copy paste apa kita buat.

Akak-akak, abang-abang, bersabarlah dengan diri sendiri kalau nak berubah. Ada masa kita boleh, ada masa kita tak boleh. Itu biasa. Berdoalah pada Allah. Bawa berbincang dengan pasangan sebab bagi saya, kunci perkahwinan itu ialah komunikasi. Mintalah pasangan beri sokongan. Kemudian sama-samalah berusaha.

“It takes two to tango.” Cuba. Belum cuba belum tahu.

Sumber : Nazia Suhaimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×