Asuh

“Tak Sangka Muntah Berlarutan Petanda Anak Bongsu Hidap Penyakit Kronik…”

403
SHARES

Setiap kali selepas menyusukan anak, pasti anda tidak akan lupa untuk sendawakan anak. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa kembung perut si manja yang boleh menyebabkan muntah. Namun berbeza pula dengan kisah yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini dimana anak yang disangka hanya muntah kerap rupanya menghidap penyakit kronik.

SETIAP KALI MENYUSU ANAK TAK SENDAWA

Bayi enam bulan lahir pada 6/6/19 hidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes grade4. Pasangan suami isteri tidak menyangka muntah berlarutan petanda anak bongsu menghidap penyakit kronik. Bayi pasangan Mohd Anuar Husin,32,dan Kamarul Ain Khosim,29, dilahirkan normal.

Namun Nor Atikah disahkan menghidap penyakit kronik itu ketika berusia empat bulan. Katanya pada mula bayi Atikah kerap muntah keluar laju mcm air paip selepas menyusu ketika berusia 3 bulan setengah. Setiap kali menyusu, anaknya tidak sendawa, malah muntah dengan laju yang turut disertai dengan kahak.

Bimbang melihat anak berterusan muntah dia membawanya ke klinik dan doktor maklum ia hanya virus biasa jangkitan kuman tambahan abangnya yang ketika itu batuk kerap menciumnya. Jawapan tersebut nyata melegakannya namun ia tidak lama apabila bayi tersebut muntah kembali.

KERAP MUNTAH, MATA KELIHATAN JULING

Katanya, setelah kerap muntah mata adik Atikah kelihatan juling. Susulan itu Kamarul Ain yang bimbangkan kesihatan anaknya sekali lagi membawa anak bongsunya ke klinik disebabkan muntah lebih dari 10 kali.

7 Oktober check up 4 bulan anaknya muntah kebetulan dilihat jururawat bertugas yang kemudiannya memaklumkan pada doktor yang merujuk kes ke Hospital Berdekatan. Selepas itu bayi ini melalui prosedur Ct scan untuk mengenal pasti penyakitnya. Menurutnya selepas itu doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan di otak anaknya yang semakin membesar dan menyekat saluran air di kepala.

8 Oktober, Malam tu emergency anaknya telah menjalani pembedahan memasukkan shunt utk keluarkan air dlm kepala supaya senang nak lakukan perbedahan buang ketumbuhan.

Pada 15 Oktober pula ketumbuhan hampir 80 peratus dibuang dan sampel ketumbuhan dihantar ke HKL. Selepas 2 hari pembedahan air dan darah keluar menerusi jahitan sehingga menyebabkannya demam panas dan terkena sawan. Susulan itu pada 23 Oktober pula doktor jahit semula tempat dibedah itu utk mengelakkan air dan darah keluar. Ibu Atikah berkampung di hospital 8 Oktober hingga 11 November.

KANSER DALAM OTAK, MEREBAK KE SARAF TUNJANG

Katanya, lebih menyedihkan selepas tiga minggu sampel pembedahan doktor sahkan si kecil itu menghidap kanser otak tahap empat. Kanser tu berada dalam otak dan telah merebak ke saraf tunjang.

12 Oktober, disebabkan ada kanser, anaknya dirujuk ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Dan telah menjalani satu rawatan kemoterapi. Kanser Anak kecil ni sangat ganas, terpaksa kimoterapi dilakukan selama 4 hari berturut 24 jam tanpa henti. Berkampung di HWKKKL dari 12 November hingga 19 November. Selepas itu discharge. Susulan itu mereka terpaksa berulang alik ke hospital untuk follow up.

5 Disember, sepatutnya anaknya perlu menjalani kemoterapi,tetapi ditangguhkan disebabkan terdapat lubang di kepalanya. Wanita itu berkata, anaknya perlu jalani pembedahan kali keempat terlebih dahulu sebelum sambung kemoterapi. Katanya, sejak dua bulan lalu dia hanya tidur-tidur ayam namun pasrah dengan ujian buat mereka suami isteri. Dia yang sebelum ini berniaga kuih terpaksa melupakan rutinnya bagi memberikan sepenuh perhatian kepada ank bongsu serta tiga anak masing-masing berusia 9,7 dan 3 tahun.

Katanya mereka sekeluarga kini hanya bergantung sepenuhnya kepada gaji suaminya yang bertugas sebagai polis bantuan di Bandar Utama. Susulan itu,orang ramai yang berhasrat membantu meringankan bebanan kewangan keluarga ini boleh menyalurkan terus ke akaun ibunya.

NAMA IBU :-Kamarul Ain binti khosim
NO ACC :- 114384154862
BANK :- Maybank

HUBUNGI
0192493498 (whatsapp sahaja)
017-3523474 (col sahaja)

Ibu kepada adik atikah ini berasal dari KG Chenulang 18000 Kuala Krai Kelantan . Sekarang tinggal di B4-1-104 Blok B4 Pangsapuri Sri Meranti PJU9 52200 Bandar Sri Damansara Kuala Lumpur. Moga Allah membalas segala kebaikan kalian dengan kebaikan jua.

Sumber : Mariati Kamarulzaman

Most Popular

To Top