Sihat

Jangan Biar Anak Sentuh & Jilat Kad Menu Di Kedai Makan, Ada Banyak Bakteria ‘Berkampung’!

442
SHARES

Kad menu manakan di restoran merupakan antara ‘barang mainan’ anak-anak setiap kali kita berkunjung ke sana. Maklumlah, pantang sahaja nampak apa-apa barang di atas meja, semuanya anak-anak akan tarik dan letak di dalam mulut. Namun, apa yang ibu bapa tak tahu adalah kad menu di restoran ini telah disentuh oleh beribu-ribu orang dan mempunyai bakteria! Paling merisaukan adalah anak yang masih kecil ini akan memasukkan kad menu ke dalam mulut mereka dan boleh mendatangkan penyakit berjangkit.

JANGAN BAGI ANAK SENTUH KAD MENU!

Rasanya berapa puluh tangan yang sentuh dan pegang menu makanan di kedai makan dalam sehari?

Korang tahu tak bakteria seperti Staphylococcus dan Escherichia Coli yang berpindah daripada tangan orang ke kad menu makanan tu boleh tahan hidup sehingga 48 jam lamanya!

Kad menu makanan tu boleh mengandungi sehingga 185,000 bakteria! Tapi jangan cemas, pegang je lah menu tu tapi sebelum makan dan sebelum pegang anak kita, cucilah tangan bersih bersih dulu.

Untuk anak kecil yang masih belum kuat pertahanan sistem imunnya, sebaiknya elakkan lah daripada menyentuh apalagi mengigit menu makanan tu. Kita tak tahu kuman jahat apa lagi yang membiak di situ.

p/s : Sebarkan pada mak ayah yang belum tahu. Rasanya ramai lagi mak ayah yang belum tahu.

*Mungkin ada dalam kalangan ibu bapa yang tidak tahu punca kenapa tiba-tiba anak-anak jatuh sakit seperti batuk, demam dan selsema kan? Inilah antara ‘detail’ yang perlu anda beri perhatian.

Sumber : Taufiq Razif

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×