Famili

Cuba 3 Kaedah Dari Si Ayah Ini Supaya Kurang Rasa Nak Mengamuk Dekat Anak

3
SHARES

Makin dimarah, makin melampau. Inilah apa yang dialami oleh ibu bapa apabila menegur anak-anak yang degil dan buas. Kalau anda nak tahu, situasi ini berlaku adalah kerana anak-anak lebih cenderung untuk ikut apa yang ibu bapa buat. Kerana itulah kaedah menengking dan memukul mereka tidak menjadi dan membuatkan mereka rasa tidak puas hati. Jadi, apa kata kita cuba 3 kaedah yang digunakan oleh si ayah ini untuk menangani rasa marah terhadap anak-anak.

Eee Geramnya!

3 kaedah yang benar-benar buatkan saya berjaya menangani perasaan marah. Yelah anak main HP lepas itu campak sehingga pecah screen. Siapa tidak marah kan? Tapi saya cuba yang ini:

1.Teknik Deep Breathing

Saya akan lakukan DEEP BREATHING. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali dan saya duduk sambil BERUSAHA SENYU . Ketika ini saya akan mula rasa boleh fokus apa tindakan yang baik untuk betulkan keadaan.

2) Saya bisik dalam hati

Itukan anak saya yang diamanahkan oleh Allah. Kenapa disebabkan HP saya nak tengking atau pukul dia sampai menangis? Ketika inilah saya perlu tunjukkan akhlak yang baik terhadap anak dalam mendidik. Saya pujuk lagi hati dengan zikir :

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎)  Zikir sebanyak mungkin dan Istiqfar dan baca

‎حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ

Sebanyak mungkin sehinggakan saya rasa sangat tenang dan mampu untuk peluk dan cium anak.

3)Minta maaf kepada anak

Saya minta maaf kepada anak. Saya cakap Muhammad Afiq abi minta maaf ya sebab bagi Muhammad main HP. Abi janji lepas ini afiq nak main HP, abi temankan afiq. Lepas tu tiba-tiba anak peluk saya, cium tangan saya. Lagi saya terkejut dia siap cakap TERIMA KASIH abi.. ya Allah 3 tahun dah pandai cakap terima kasih.

RUPA-RUPANYA INI CARANYA ANAK MUDAH DENGAR CAKAP

Rupanya bila kita minta maaf dan senyum kepada anak,mereka akan rasa gembira dan mudah dengar cakap. Sampai hari ini anak saya dah tak main dah HP. Bila dia nak pegang je terus saya cakap. Muhammad anakku sayang,itu kan abi punya.. sambil saya senyum dan terus dia tak main lagi dan datang kepada saya peluk lagi.

Ya Allah.. rupanya mudah sangat kan nak kawal amarah. Baru saya belajar, rupanya bila kita marah ni syaitan bersama kita datang menggoda dan cuba untuk hancurkan kita. Tapi kan Allah ada berfirman.:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

• Surah Fussilat ayat 36.

Sumber : Muhammad Hassan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×