Asuh

Kenapa Ada Benjolan Di Puting Bayi?Jangan Dipicit!

29
SHARES

Ibu mana yang tidak risau bila secara tiba-tiba ada benjolan seperti benjolan nanah di bahagian puting bayi. Sudah menjadi lumrah, pasti ada dalam kalangan kita yang akan cuba untuk memicit benjolan tersebut. Jangan! Menurut pakar, keadaan ini adalah bersifat semulajadi dikenali sebagai Neonatal Mastauxe.

ADA BENJOL DEKAT PUTING BAYI, APAKAH ITU?

“Kenapa jadi sampai macam ni?”

Dari tadi bayi ni nangis tak henti-henti. Minum susu badan sekejap kejap, kemudian menangis semula. Saya tarik nafas panjang.

Sedih tengok bayi ni dalam kesakitan.

“Mula-mula pada puting dia ada benjol kecil. Jadi mak saya suruh picit, saya pun picit.”

Bukan sekali dua jumpa kes begini. Bila kita tanya kenapa nak picit puting bayi, semuanya dengan muka melopong. Semuanya geleng kepala.

‘NEONATAL MASTAUXE’ KEJADIAN SIFAT SEMULAJADI

Rupa-rupanya ibu-ibu ni pun tak tahu kenapa nak kena picit puting bayi. Benjolan kecil pada puting bayi tu sebenarnya disebabkan oleh pendedahan terhadap hormon estrogen ibu semasa di dalam rahim.

Nama lainnya ialah Neonatal Mastauxe. Ia adalah kejadian bersifat semulajadi.

Benjolan tu akan hilang dengan sendirinya apabila kepekatan hormon estrogen dalam badan bayi makin berkurang dalam masa beberapa minggu. Secara anggaran, 70% bayi akan ada benjolan kecil ni semasa minggu pertama hingga kedua. Saiznya antara 1-2 cm.

Tapi disebabkan nak ikut kebiasaan masyarakat, benjolan kecil tu dipicit berkali-kali hingga luka.

Dan bila ia dijangkiti kuman dan membengkak dengan teruk, hanya Allah saja yang tahu betapa terseksa bayi ini menanggung rasa sakit.

1. Jika bayi anda ada benjolan kecil pada puting, cukup sekadar memantau.

2. Jika puting membesar lebih dari 3 cm diameter, boleh rujuk ke klinik atau hospital.

3.Bawa segera ke hospital jika kulit pada puting bayi bertukar warna menjadi merah dan bayi jadi demam. Rawatan dengan antibiotik boleh diberi.

*Jangat picit ye mak-mak semua!

Sumber: Dr. Redza Zainol

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×