Pilihan Editor

6 Perkara Yang Buat Kita ‘Excited’ Sambut Merdeka Masa Sekolah Dulu

9
SHARES

Dalam beberapa hari saja lagi kita bakal menyambut hari kemerdekaan yang ke-63. MERDEKA!

Diam tak diam, umur kita makin bertambah selari jugalah dengan ulangtahun kemerdekaan negara kita ni kan.

Sebagai anak Malaysia, mesti kita ada banyak kenangan sambut merdeka masa zaman kita sekolah dulu.

Bersekolah di Sekolah Kebangsaan dulu ‘feel’ dia memang lain macam, sebab kita ada ramai kawan-kawan dari bangsa Cina, India dan lain-lain. Zaman tanpa gajet pulak membuatkan kita sentiasa aktif dan cipta macam-macam permainan sendiri guna apa yang ada.

Mungkin ini antara benda best yang buat kita teruja nak sambut Merdeka dulu.

1. Gula-gula Bendera

Yayy! Bila nak sambut Merdeka, ada alasanlah nak beli banyak-banyak gula-gula ni untuk ambil bendera tu buat hiasan kelas ke, projek kumpulan ke, atau untuk persembahan.

Inilah antara gula-gula legend kita selalu makan masa kecik. Kalau korang selalu makan dulu, maksudnya samalah kita bukan muda lagi.

Coklat dekat dalam tu, kita buka dan makanlah ramai-ramai dengan adik beradik. Tapi kadang-kadang, kita kena  sorok-sorok sikit sebab tak nak share! Hehehe. 

Sekarang ni dah jarang nampak gula-gula bendera ni kan. Semua pakat beli yang jenis kain sebab mungkin lebih tahan lama. Tapi rasanya boleh beli online kalau rasa nak mengimbau kenangan lama. Cuma rasa coklat tu macam tak samalah dengan yang dulu… Kan??

2. Persembahan Sekolah

Setiap kali Merdeka, mestilah wajib ada sambutan dekat sekolah.

Siapa yang berbakat tu bolehlah tunjukkan bakat buat persembahan bersajak ke, menyanyi ke, berlakon ke.

Yang tak ada bakat macam kita ni, duduk diam-diam enjoy the show jelah.

Yang penting, dapat pergi sekolah tak payah bawak buku hari tu pun heaven sangat. Beg ringan, boleh bawak beg cantik-cantik, atau berlenggang je. Homework semalam pun tak payah hantar. Fuhh.. Rasa seronok tu tak tau nak kata!

Foto Kredit: Jabatan Pendidikan WP Labuan

3. Perarakan Merdeka

Selain persembahan dekat sekolah, kadang-kadang tu ada juga mak ayah bawak pergi perarakan Merdeka.

Seronok tengok perarakan ni sebab ada macam-macam pertunjukan beruniform, ada maskot comel, tembakan meriam, persembahan lintas udara, perarakan berkuda, ada orang main band semua kan.

Rasa meriah sangat sambil kibar-kibar bendera tu!

Lagi best kalau ada yang bawa kereta berhias tu, memang favourite. Paling excited nak tengok sebab masing-masing kreatif.

Foto Kredit: NSTP/ NIk Hariff Hassan

4. Pertandingan Mewarna

Kalau macam sekarang ni dah makin advanced, dekat sekolah ada pertandingan fesyen baju Merdeka semua.

Tapi kita dulu-dulu acara wajib dalam bulan Merdeka adalah pertandingan mewarna.

Boleh dikatakan setiap sekolah mesti ada pertandingan mewarna. Sampai pendek pensel warna tu sebab asyik kena asah pensel warna kan?

Kalau menang ok jugak… Tapi yang tak menang tu kita genglah. Takpe, kita buat untuk suka-suka aje kan. (Pujuk diri sendiri.)

Foto Kredit: Perpustam

5. Iklan Best & ‘Touching’

Dalam bulan Merdeka, ada banyak iklan best dan menyentuh hati.

Kalau tengok sorang-sorang, boleh menitis air mata jugak weh! Meremang rasa semangat kemerdekaan tu.

Tapi sebab biasanya tengok TV dulu mesti dengan satu famili kan, so kenalah cover sikit.

Yang tak sedih pun ada jugak. Contohnya iklan Tan Hong Ming tu kan.

Rasa nak tersengih je bila tengok iklan tu. Dah besar dah budak tu sekarang…

6. Larian Merdeka

Walaupun kita ni taklah fit sangat, lumba lari pun selalu ‘corot’ je. Tapi larian merdeka dekat sekolah ni best sebab biasanya nanti ada van Milo dan ada makanan free.

Tak kisahlah kalau sampai lambat pun tetap dapat jugak. Cuma janganlah lambat sangat sampai cikgu marah.

Tapi nak tau tak part yang paling best ialah… sebab nanti esoknya dapat cuti hari peristiwa. Yahooo… yabedabedu!

van milo

Selamat Hari Merdeka!

Bila dah besar ni, kita akan teringat kenangan masa zaman sekolah dulu.

Bagi yang dah ada anak mungkin sibuk siapkan anak-anak untuk persiapan mereka pulak.

Yang penting, kita kena faham bahawa Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan fizikal semata-mata. Kepesatan teknologi hari ini telah memudahkan ancaman penjajahan bentuk baharu terutamanya dalam bentuk budaya dan pemikiran.

Contohnya, kita mungkin hanya teringat hari Merdeka sebab ada baaaannyyyaakkk sale dan diskaun. Sana sini iklan buat promosi. Boleh kering poket dibuatnya. Eh?

Apapun, jom sama-sama semarakkan hari kemerdekaan dengan pengisian yang lebih bermakna. Sebarkan mesej positif dan semoga kita sama-sama dapat menghayati hari kemerdekaan ke-63 dengan rasa syukur terutamanya dalam menempuh ujian wabak COVID-19 ini.

#KitaBersama

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×