Sihat

7 Fakta Saintifik Tentang Fenomena ‘Kena Tindih’ Semasa Tidur

735
SHARES
kena tindih

Tiba-tiba kita terjaga tengah malam itu biasa. Tapi kali ini rasa lain macam dan meremang bulu roma. Payah nak buka mata, rasa sesak di dada, tak dapat nak bangun dari tempat tidur, nak menjerit pun tak boleh. Puas kita meronta tapi badan tak mampu digerakkan, suara pula seolah-olah tersekat dan tak dapat keluar walau kita sedaya-upaya cuba berteriak. Inilah yang orang kita selalu gelar ‘kena tindih’.

Dari sudut sains, fenomena ini disebut sebagai sleep paralysis. Ia sememangnya menakutkan tetapi ia bukanlah sesuatu yang asing kerana kajian menunjukkan 40% daripada kita pernah mengalaminya sekurang-kurangnya sekali dalam hidup.

Berikut adalah apa yang sebenarnya berlaku pada tubuh anda ketika ‘kena tindih’ dan cara bagaimana pakar menyarankan untuk mengelakkannya daripada berlaku atau berulang kembali.

1. Ia Berlaku Dalam Keadaan Separa Sedar

Sleep paralysis ini berlaku antara waktu tidur dan jaga, di mana seseorang berada dalam keadaan separa sedar. Walaupun punca hilangnya upaya untuk bergerak masih menjadi belum diketahui secara tepat, para penyelidik berpendapat bahawa berlakunya lintasan rapid eye movement (REM), iaitu fasa di mana seseorang bermimpi.

Dalam fasa REM ini, otak masih belum menerima isyarat daripada otot untuk digerakkan lalu menyebabkan ia kaku dan seolah-olah ‘lumpuh’.

Dalam fasa REM, otot tidak boleh bergerak kerana saintis mempercayai ia adalah bagi mengelakkan kita melakukan sebarang tindakan yang membahayakan diri ketika kita bermimpi.

Foto Kredit: urbol.com

2. Sering Melibatkan Halusinasi

Mimpi ngeri ketika mata terpejam dah cukup menakutkan kita, apatah lagi jika kita mengalaminya dalam keadaan mata terbuka. Menurut Dr Kushida, keadaan seperti ini berlaku kepada 3/4 daripada mereka yang mengalami sleep paralysis.

Halusinasi biasanya akan mengiringi fenomena sleep paralysis dan seseorang akan merasakan ada yang bergerak-gerak pada kulit, terdengar atau ternampak sesuatu, atau terasa seolah-olah tubuh terapung ke udara. Ish, seramnya!

3. Walaupun Sekejap, Terasa Lama Sungguh!

Mujurlah sleep paralysis ini hanya berlaku dalam tempoh masa yang sekejap saja, iaitu dalam beberapa saat atau minit.

Tapi bagi yang pernah mengalaminya, mesti tetap terasa lama, kan?

4. Sesiapa Saja Boleh Mengalaminya

Menurut kajian, sleep paralysis ini boleh berlaku pada sesiapa saja. Namun, ia selalunya muncul pada seseorang antara usia 20-an hingga 30-an. Ia juga boleh berlaku berulang kali dan lazimnya ‘diwarisi’ dalam keluarga.

5. Stres & Kurang Tidur Faktor Utama

Walaupun boleh berlaku kepada sesiapa, namun pemerhatian mendapati bahawa seseorang yang mengalami masalah stres serta kekurangan tidur adalah lebih berisiko mengalami sleep paralysis. Begitu juga halnya dengan mereka yang tidak tetap jadual tidurnya.

Jadi kalau nak elak pengalaman yang mengerikan ini, cubalah amalkan gaya hidup sihat agar stres dapat dihindari dan dapatkan tidur yang cukup, iaitu sekitar 6-8 jam sehari.

berat badan berlebihan kanak kanak

Foto Kredit: portal.gerchikco.com

6. Dikaitkan Dengan Beberapa Masalah Tidur

Sleep paralysis ini merupakan salah satu simptom sleep disorder yang menyebabkan seseorang terasa sangat mengantuk di siang hari.

Selain itu, ia juga mungkin petanda seseorang mengalami sleep apnea atau periodic limb movement disorder, di mana kaki anda sering menjadi kejang atau tersentak ketika tidur.

7. Elak Tidur Terlentang

Menurut pakar, seseorang yang tidur telentang lebih cenderung mengalami sleep paralysis berbanding posisi tidur yang lain.

Maka, cubalah tidur di posisi alternatif, seperti mengiring ke sisi. Meskipun posisi tidur lainmungkin bukan yang paling ideal, namun ia dapat mengurangkan risiko berlakunya sleep paralysis.

Bertenang, Dapatkan Bantuan Klinikal Jika Perlu

Menurut pakar, tindakan terbaik untuk dilakukan apabila seseorang yang mengalami sleep paralysis adalah bertenang kerana ia dapat mengurangkan rasa panik atau terancam.

Jika gangguan ini sering berlaku, jangan berasa malu mendapatkan bantuan daripada doktor. Doktor akan membuat analisis terhadap cara tidur anda serta apa yang berlaku semasa anda tidur untuk mengenalpasti punca sebenarnya.

 

*Sumber rujukan: Psych2go.com, Health.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×